nuff

Friday, 28 February 2014

TIPS CARI DUIT NAK HOLIDAY

Nak bercuti tapi kadang2 bila fikir banyak pulak nak pakai duit terus tak jadi. Hotel, transport, minyak, tol, makan dll semua kena fikir. Kojo pn makan gaji banyak manalah yang boleh saving pun. So kat sini aku kasi tips macam mana nak kumpul duit nak pergi bercuti bagi org2 yg bajet kecik tapi ada hati mau pergi holiday. Dulu aku pernah buat camni gak. Tapi dh lama pulak stop sebab Bendahari lama aka Aiman tak nak kutip duit. Lepas tu Syira pulak yg request suruh aku buat collection mcm dulu2. Aku ok aje. Boleh jugak ajar anak2 saving dan boleh jugak diaorg rasa hasil dari saving diaorg tu.


So ringkasan dari jadual nie :

Aku    : RM 1.00 X 31 hari = RM 31.00
Hubby : RM 1.00 X 31 hari = RM 31.00
Aiman : RM 0.50 X 31 hari = RM 15.50
Syira   : RM 0.50 X 31 hari = RM 15.50

Collection bagi bulan Mac = RM 93.00

So...RM 93.00 sebulan X 10 bulan (Mac - Dis) = RM 930.00

Oklah tu..lepaslah duit makan, minum, tol dan minyak. Silap2 boleh cover duit hotel lagi. Selamat mencuba..

DEMAM OH DEMAM...

Haritu aku dh demam. Badan takla panas sangat pun dedar je. Makan panadol tido. Malas aku nak layan sangat sakit2 nie, lagi bertambah sakit. Last week tido kat rumah mertua. Badan pun tak sihat sangat, tapi kena kuatkan semangat. En Suami pulak pergi bercuti ngan kawan2 dia kat Krabi, Thailand. Nak kata demam rindu pun tak jugak. Tak sempat nak rindu pun sebab asik berwassap. Aku dah faham sangat peel dia. Bukannya boleh berenggang ngan aku. Feeling lebih...sampai aku pulak yang paksa2 dia...have fun la yang. Pergi bercuti releasekan tension. Rupa2nya dia lagi tension bila aku takde depan mata dia. 


Hari Sabtu my chenta aka En Suami balik. He..he..lompat bintang 10 kali. Hari Ahad plak dah janji ngan Kak Ana aka tukang urut nak berurut dan sengkak sekali. Lepas operation aritu dh berurut tapi belum sengkak sebab luka masih baru. Siap menjerit2 masa berurut tu, padahal dah selalu berurut. Tapi sakit tetap ada. Dan kesudahannya 2 hari aku sakit2 badan dan terus demam balik. Demam pun selera makan aku tetap tajam. Pagi Rabu siap tapau bubur nasi ngan sandwich. Menjelang tengahari badan aku dh rasa lain macam. Terus pg klinik. Balik rumah mertua aku balun nasi sepinggan je..boleh plak pasang ekon pastu tido. Nasib mak mertua sayang kat menantu dia yang seorang nie. Bangun tido aku buat air, nk makan ubat. Kalau minum ngan air masak confirm sampai air habis sejug pun ubat tu aku tak telan2. Pastu mak mertua paksa makan bubur jagung. Sedapnya...Malam aku tapau Mihun Bakso. Aku pun tak tahu nak kategorikan jenis demam aku nie. 



Pagi tadi siap buat breakfast sandwich sebab anak2 ada latihan sukan. Kesian kat budak2 takut lapar pulak. Dahla cuaca sekarang nie panas lain macam boleh pulak ada latihan sukan. Janganlah anak2 aku pulak yang demam. Seorang ibu nie walau sakit macam mana pun dia tetap akan bangun jugak. Nak pastikan jugak anak2 dan suami makan, minum dll. Itulah kelebihan seorang Ibu. Sebak ingat keadaan Ma di kampung. Selalu doakan yang terbaik utk Ma :( Bila petang badan aku dh rasa lain macam, makan ubat pastu tido balik. Bangun lapar...nk srh En Suami pergi tapau apa yg patut kesian pulak. Iyalah En Suami aku kan kerja kat site..dengan keadaan cuaca sekarang nie aku tgk dia asik kepenatan jee..Nasib tak moody. Dr semalam nak nie...tapi cam melampau je demam2 nak mintak makan kat Pizza. So aku masakla guna bahan2 yg ada. Janji kenyang...Jeng..jeng ...jeng..



Spaghetti Carbonara. Resipi yg paling mudah dan senang. Aiman siap komplein bg pihak Syira. Dia cakap tak sedap. Selalu aku masak Spaghetti Bolognaise. Pedas2..masam2..tekak anak2 aku nie selera diaorg yg pedas2 je.. Org Nogorilah katakan. Tak sedap aku tgk laju je dia makan siap tambah lagi. Suruh ulangkaji baca buku, elok je dia lolap. Kenyang la tu makan spaghetti yg tak sedap tu..He..he...

Saturday, 22 February 2014

KUCHING - PART 3


Tak habis lagi entry kt Kuching,dh masuk entry lain. Kt kepala ni macam2 benda nak tulis. Kekangan masa tu kadang2 membataskan keadaan. Sebelum dtg Kuching, aku dh buat research dh. Kt mana nak pergi, nk makan dan tempat2 menarik  yg nak pergi dan yang paling penting bajet. First place kitaorg pergi Muzium Kucing. Tq Mr Waze yg banyak membantu. Masuk muzium ni free je cuma kalo nk amik gambar kena bayar. Maksudnya cam permitla...kalo dia tangkap ko amik gambar tanpa permit kena denda. Bayar jelah, tak mahal pun. Tp kucing yang real memang tak dela. Yg ada patung2 kucing dan benda2 yg berkaitan ngan kucing. Boringlah sikit. Tapi anak2 aku seronok je. Nak2 Syira...dia mmg pantang betul tgk ada pulak kedai souvenier kt situ.





Pastu kitaorg ke Semenggoh Wildlife, nak tengok orang utan. Adalah sekor orang utan yg keluar time nak bagi makan. Nak tgk banyak kitaorg kena menapak sikit dalam hutan. Dah menapak separuh jalan, hujan pulak turun. Memang lecak dan kotorlah..Tapi penat la sebab ko kena masuk ke dalam gak. Penat la bg org yg tak fit macam aku. Maklumlah lama tak exercise. Time feeding orang utan kul 11.00 pg n 3.00 petang. 



Misi seterusnya cari kek lapis. So pergi test dulu mana sedap. Yg popular dulu Kek Lapis Dayang Salhah, sekarang yg dh top jugak Mira Kek Lapis. Kek lapis Mira ni basah skt, sesuai plak ngan selera aku. Esok baru beli, nak beli awal2 takut tak tahan lama. Next missoin terubuk masin..pun settle. Perut pn dh kenyang..badan dh penat..balik hotel rehat. Seharian duk berjalan. Penat weh...anak2 aku je steady..







Thursday, 20 February 2014

KEHAMILAN LUAR RAHIM-PART 1

27 Jun 2013

Alhamdulillah...positif 4 weeks pregnancy. Sangat gembira dan teruja setelah  1 1/2 tahun menanti. Pengalaman keguguran 7 minggu kandungan ketiga membuatkan aku lebih berhati-hati dengan kehamilan kali ini.


1 Julai 2013



Risau...dah 2 ari aku bleeding tp tak banyak. Masa mengandungkan Syira pun macam nie jugak. Tapi pengalaman miscarriage dulu membuatkan aku fobia. Check up kat klinik..doktor scan tapi tak nampak memandangkan usia kandungan baru 4 minggu. Cuma doktor cakap kandungan masih lemah dan jangan terlalu mengharap..Will be scan again later....



Alhamdulillah...lepas check up aritu dh stop bleeding. Banyak rehat...En Suami dan anak-anak pun banyak membantu. Aiman dan Syira paling teruja, maklumlah nak dapat adik lagi. Actually kehamilan kali ini tak dirancang...give up jugak sebab lepas miccariage aritu tak lekat2. So, try2 jugak makan supplement. Aku makan kolagen VCO dan tak sempat abis sekotak pun aku stop bila dah preggy. Berurut jugak utk betulkan dan tinggikan rahim. 


Mengandung di bulan Ramadhan betul2 menguji kesabaran aku. Sempat puasa 9, 10 hari kot. Paling kesian dengan En Suami dan anak2..sebab aku tak bole nk masak sangat. Aku pn tak larat sangat sbb perut aku tak nak terima nasi. Makan lauk2 je..roti pn aku sebat. Leha World dan ibu mertuaku menjadi penyelamat keadaan untuk juadah berbuka.



Rezeki baby pun murah. Almost every week aku berbuka kat hotel. Sempat ke Baby Fair semasa menginap kat Vivatel KL. Cuba2 nasib isi borang utk cabutan bertuah. Next day, penganjur call suruh datang sebab ada penyampaian hadiah utk cabutan bertuah pukul 4.00 petang. Nampaknya bukan rezeki anak ibu sbb aku dh balik Seremban tghari tu. 



2 Ogos 2013 

Menjadi2 pulak loya aku.. nak pakai brooch kat tudung pn tak boleh. Rasa ada benda tersangkut je kat tekak aku. Niat dihati nak buat buku merah kat klinik, tp aku tangguhkan dulu sbb masa pack sgt rasanya. Takpelah tunggu lepas raya. Sempat jugak ke klinik amik ubat utk kurangkan rasa loya.


-continued-






Sunday, 2 February 2014

KUCHING - PART 2

Awal pagi, kawan hubby call ajak pergi Pasar Sarikin. Mcm mana nk pegi keta pn blm dpt lg..Aku x booking awal sbb fikir bukan cuti sekolah,takkan penuh kot. Tp sangkaan aku meleset...Kt hotel tu, mmg bersusun teksi, tp aku lebih suka kalau dpt sewa kereta.so bolehla ke mana yg teragak kitorg nk pergi. Akhirnya dpt gak sewa kereta dgn bantuan kawan hubby..Janjinya dpt Myvi tp owner tu ckp kunci plak hilang...so digantikan dengan Persona tapi sewa harga Myvilah RM90.00 perday. 

Dari Kuching ke Sarikin amik masa dalam 1 1/2 jam perjalanan. So aktifkan Waze anda. Sarikin ni macam kawasan pendalaman sikit. Sempadan Malaysia dengan Indonesia. Tp jalan nak ke sana dh ok skt berbanding sblm nie aku pergi. Jalan berbatu kerikil...bergegar kepala aku nak sampai sana. Aku syorkan kalo nk pergi terutamanya kalo bwk anak kecik pergilah seawal pagi sbb cuaca kt sini panas sgt...So marilah mencuci mata..

Aiman pn berjaya merembat 2 buah topi...Syabas...

Hasil tangkapan Syira... Marie The Cat
Masing2 kepenatan...dan terus ke Jong's Crocodile Farm. Sewa keta 2 hari je, haruslah round sepuas-puasnya. Fee is RM18.00 for adult, RM8.00 for children...



Seram pulak aku tgk buaya-buaya nie. Terlampau banyak...pastu ada pulak show bagi buaya makan. Mmg real tgk buaya-buaya tu melompat2 nak terkam makanan yang digantung di tempat yang dikhaskan. Selalu pergi zoo tgk buaya tidor je..tapi bila tgk buaya kat sini agresif menerkam2 makanan rasa teruja
pulak. Show ada 2 sesi, pukul 11 pagi dan 3 petang. Tgk buaya makan, mulalah terasa lapar. So bergerak balik ke area Waterfront, cari port yang
menarik untuk makan. 
Senyum dapat makan.



Saturday, 1 February 2014

KUCHING - PART 1

Tiap awal tahun aku & En Suami selalu bawak anak2 bercuti...selalunya masa cuti Yamtuan N.Sembilan...sebab masa tu, org dh tak ramai pg bercuti...jalan pun tak sesak mana...hotel pun takdelah mahal...kalau musim cuti sekolah..ratenya melampau2...akak bajet ciput jee...Sebenarnya aku rancang nk pergi bercuti masa dlm pantang aritu...mc sebulan, duk rumah..mcm2lah aku plan..Next entry aku citer kenapa aku mc sebulan...Dgn menggunakan kuasa yg ada di tangan aku plan this trip...Book kt airasia je...tiket flight merangkumi makan, minum, checked luggage etc..total RM 368.00..Terserlah kepuasan di hati akak..Tp aku lupa nk book luggage masa pergi...Nmpk sgt dh lama tak naik flight...dah la aku book tiket tak pakai member id...mana boleh aku manage booking bila dh check in...Maka terbanglah duit aku RM75.00 lagi utk luggage...Hoii...rasa membazir sgt...ikutkan boleh je bwk naik kabin..tapi aku malas dgr En Suami bising2...Airasia mmglah murah...tp sekarang semua kena bayar...Check in bayar...luggage bayar...tapi aku naik jugak..ha..ha..Hotel awal2 aku dh book....location mmg strategik...dkt ngan waterfront...jln kaki jee...makan pun senang...ada diskaun lagi utk government staff...tapi kena mention masa buat booking dan bwk pas kerja masa check in..
 
Harbour View Hotel - 08-2274666 / 016-8887000

Bilik deluxe - RM 175.00++ without breakfast normal price......RM 157.00++ with breakfast for 2 for government staff...Untung akak...

 
Bilik dia okla. Sesuaila dengan kemampuan aku. Aku pg time bukan cuti sekolah pun ramai org dari Semenanjung. Hotel nie lama sikit..tp servis tip top..terutamanya housekeeping. Dari airport ke hotel tambang teksi RM 26.00...teksi bersepah2..tapi ko kena amik kat kaunter..kalo x, tak dilayan...Akhirnya sampai gak kt Kuching after 7 years...Dulu aku pg beramai2 dgn ipar duai n mertua...Semuanya diuruskan from A to Z..aku bayar je...Terserlah kepuasan di hati bila trip kali nie aku uruskan sendiri..Haa..ha..Sampai hotel check in...pg lunch kt restoran area hotel pastu jalan2 kt waterfront je...Sempat gak survey2 brg....tp Syira setiap kali masuk kedai...asik nak membeli...Last2...terus balik hotel...masing2 tertido kepenatan. Malam x dpt nak keluar sebab hujan So order jelah makan dr bilik sambil mencari2 kereta untuk disewa ..Layan gambar jelah...