nuff

Sunday, 30 March 2014

SAMBAL HITAM PAHANG

Balik kg aritu aku dibekalkan 2 beg plastik belimbing buluh. Aku suruh  Nadia  amik sikit je..terkejut aku tengok dengan hasil kutipan budak2 nie. Terima kasihlah beria2 mengutip buah belimbing sampai berlakunya keadaan yg tak diingini. Nadia...behave sikit dpn budak2. Selalunya kalo kt N. Sembilan mak mertua aku masak lomak cili api telor itik ngan belimbing. Tapi kali ini aku nak tryla masak Sambal Hitam Pahang. Kata org Pahanglah sangatkan. Haruslah cuba. Resipi aku amik dari blog Madiha Sambal Hitam Pahang.

Bahan2
½ cawan belimbing buluh rebus [rujuk resepi cara2 merebus]
½  cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek 
6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
garam & gula secukup rasa
1 cawan minyak masak

Cara2 Menyediakan

1. Belimbing hendaklah dicuci bersih.  Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil.  Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut.  Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit.  Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap 
**Pakai periuk yg buruk je nk rebus belimbing tu sbb air belimbing tu meninggalkan kesan hitam pd periuk yg digunakan. Susah nk sental nanti.

2.  Tumbuk cili padi sehingga halus.  Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis)  Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.  Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.

3.  Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi.  Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga).  Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding)
**Aku derhaka sikit...tambah kicap pekat dan kicap masin. Gula aku tak letak.

3. Bila dah garing tutupkan api lalu toskan minyak menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.  

PESANAN: jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja.  Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.
 Rasanya memang meletoplah...aku makan ngan nasi panas je sampai tak sedar dah 2 pinggan nasi aku bedal. Rasa pedas, masam, ,manis dan masin semua ada. Rasanya kalo bulan puasa, buat utk bersahur mmg terbuka luas biji mata. So buat adik2 aku kt Kuantan tu, stok belimbing mmg banyak belakang rumah kan???? Silalah cuba..

Saturday, 29 March 2014

WEDDING SHIMA & JAILANI - 29 MAC 2014

Selamat Pengantin Baru buat my offismate Rashima dan Jailani. Aku pergi ngan anak2 je sbb En Suami ada hal. Majlis pernikahan telah disempurnakan  pada hari Jumaat bertempat di rumah pengantin perempuan. Manakala majlis resepsi pula diadakan pada hari Sabtu bertempat di dewan MPS. Aku suka sangat konsep dan cara makanan dihidang. Konsep cam zaman dulu2..makan berhidang. So takdelah bersusah2 nak beratur, nk amik makanan, nk cop tempat. Kdg2 kalo makan buffet suami makan kt situ, anak2 dan isteri makan kt sini. Sebenarnya aku pn tak kisah konsep mcm mana pun, janji perut aku kenyang.
Dah tak boleh senyum...lapar



Luv this pelamin very much


Gambar nikah aku amik dari fb Shima. 








Buat Shima & Jai, Selamat Pengantin Baru dan semoga kekal bahagia hingga ke Jannah. Yakinilah pasangan anda itu adalah yg terbaik buat anda dan tiada org lain yg lebih baik daripadanya. Terimalah pasangan anda seadanya dan selamat menempuhi alam rumahtangga....Luv u..

Tuesday, 25 March 2014

PASRAH DENGAN KETENTUANNYA


Al-fatihah dan takziah buat ahli keluarga penumpang dan anak kapal penerbangan MH370. Hampir 17 hari dibelenggu dengan pelbagai persoalan dan teka-teki, akhirnya misteri kehilangan tersebut telah terjawab malam tadi. Seluruh dunia bersimpati dan bersedih dengan apa yg telah terjadi.

Aku dan keluarga pun tak terkecuali dipilih dan diuji olehNYA. Kalo pernah baca entry aku sebelum nie..tahun 2013 aku diuji dengan kehamilan luar rahim yg hampir meragut nyawa aku. Memang susah aku nak terima apa yang terjadi. Depan En Suami, aku buat2 kuat..tapi hakikatnya hati aku menangis di dalam. Aku tak mahu susahkan hati En Suami..apatah lagi hati keluarga aku. Kadang2 aku rasa mcm perempuan saiko plak. Aku masuk bilik airr menangis puas2...sambil buka air paip kuat2...dan dalam masa yg sama mulut aku gigit towel..Motif..aku malu kalo org tahu aku menangis. Itulah yg aku buat utk melegakan tekanan aku. Alhamdulillah...sekarang aku dh ok. Aku dh kuat dan aku kena kuat utk adik2 aku..abah aku..ma aku..

Tahun lepas jugak aku diuji apabila abah warded gara2 sesak nafas. Abah aku nie penghisap rokok tegar. Dalam sehari aku tak tau berapa kotak dia boleh habiskan. Ditambah dengan minat mendalam abah aku dalam seni pertukangan. Kalo nak tahu abah aku memang terer buat rumah atau dlm bahasa mudah kreatif. Macam rumah kt Balok nie, hasil air tangan abah aku. Fully design by abah. Perabot dlm rumah nie pun ada yg abah buat sendiri. Kitchen kabinet, set bilik tidur , almari semuanya abah aku buat sendiri. Set meja makan pun abah aku beli yg second. Dpt je kt tangan dia terus nmpak macam yg baru. Kolam @ mini pool nie pn abah aku buat utk cucu2 dia berendam. Siap air meleleh ala2 air terjun..Seriusly..Masa aku melawat abah kt hospital, abah siap mintak maaf lagi sebab tak melawat aku masa aku operation haritu. Sebak pulak hati aku. Aku tak kisah..sebab aku faham ngan keadaan abah..ngan keadaan Ma lagi.


Kolam utk cucu



Lepas Abah dah discharge kitaorg dh tak bagi abah main ngan simen lagi. Tapi abah degil. Pastu abah warded lagi. Sesak nafas jugak. Aiman ckp atuk terkejut sebab Kelantan kalah bola. Tak silap aku masa tu Kelantan vs Pahang. Kali nie keadaan teruk sikit. Doktor terpaksa komakan abah sebab abah tak mampu bernafas sendiri. Abah bernafas ngan bantuan mesin. Hari pertama aku melawat abah langsung tak sedar. Hati aku bagai disiat2 melihat keadaan abah. Sebab selama yg aku tau dan kenal abah aku kuat. Pesara polis..taulah mcm mana kan. Alhamdullillah..hari kedua abah dh sedar. Pastu Ma pulak check in kt hospital. Ma aku memang dh sakit lama. Mula2 dia jatuh..lama2 memory dia lost. Raya aritu aku tak balik sebab sakit nak bergerak gara2 operation. Aku mmg betul2 tekejut bila aku balik, sebab Ma aku hanya mampu terbaring. Makan, minum pun susah nak telan. So lepas bincang ngan adik-beradik, kitaorg hantar Ma ke hospital. Kesian sangat tengok keadaan Ma macam tu. Berbotol2 drip air, barulah nampak ok skt. Abah aku bila dh sihat asik ckp pasal Ma. Kitaorg tk bgtau lagi yg Ma warded jugak. Takut dia terkejut lagi. Baru je nak baik. Tapi abah dpt tau jugak bila org yg dtg melawat abah bgtau. Nasib baik abah ok..Risau jugak...

Alhamdulillah..masa Abah dan Ma warded ramai jugak kawan2 dan sedara -mara yg dtg dari jauh dan dekat. Masa susah nilah kita tau sapa kawan dan lawan kita. Terima kasih buat Mama sekeluarga yg dtg melawat dr Kelantan. Susah2 je..naik bas pulak tu. 


                                                                        

Aku redha dengan ketentuanNYA. Setiap org ada bahagian masing2..dan inilah bahagian aku dan adik beradik yg lain. Semoga Allah SWT kuatkan, tabahkan dan satukan hati kami adik-beradik menghadapi dugaan ini. Tak lupa buat Si Manis Nadia kerana sentiasa ada bersama kami. Hanya Allah sahaja yg boleh membalas budi-baik Nadia selama ini...

Sunday, 23 March 2014

WEDDING COUSIN - KOTA BHARU

Semalam wedding cousin aku kt Kota Bharu. Sorry...tak dapat hadir, ada urusan lain yang perlu diselesaikan disini. Tahniah buat my cousin, Mira yg manis and husband. Selamat Pengantin Baru dan semoga kekal bahagia hingga ke Jannah. InsyaAllah..Tahniah jugak utk my aunty, Mama dan anak menantu kerana kenduri telah berjalan dengan lancar. Aku memang kagum ngan Mama kerana telah berjaya mendidik dan membesarkan anak2 tanpa seorang lelaki yg bergelar suami. Actually suami Mama ialah abg kepada mak aku. Cik Yeh telah pergi menemui Penciptanya ketika anak2nya masih kecil dan masih memerlukan belaian kasih sayang dari seorang ayah. Walaupun tak selalu berjumpa, tapi aku juga menyayangi Cik Yeh kerana dia begitu istimewa dimata dan dihatiku. Kalo aku yg tak berapa rapat sangat nie pun terasa kehilangannya, apatah lagi anak2nya. Al-fatihah buat Cik Yeh...dan semoga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Amin...

Gambar2 nie aku amik dari fb cousin aku. He..he...manis2 dan comel2 sepupu aku nie. Sangat cantik and perfect..itu yg dpt aku simpulkan tentang majlis perkahwinan cousin aku nie. InsyaAllah ..ada masa dan kesempatan kita akan berjumpa lagi.....

Selamat Pengantin Baru

Mira & Husband

Pengantin baru vs pengantin lama
Famili besar Mama






Thursday, 20 March 2014

NIKMATNYA HUJAN….

Alhamdulillah…2,3 hari nie hujan. Rasa sejuk dan nyaman je. Aku dh siap beli stok aiskrim utk  weekend. Sebab kesian kat anak2 dan sebenarnya mak dia yg teringin lebih nak makan aiskrim sambil membayangkan cuaca yg panas. Tapi perancangan Allah adalah yg sebaik-baiknya. Hujan turun selebat-lebatntya. Tak kisahlah kain2 tak kering pun…janji bumi nie basah dan sejuk sikit. Dh lama betul tak hujan Kesian kt pokok2 dan rumput2 kt rumah nie, kering aje. Kt rumah aku nie memang banyak pokok2 bonsai koleksi En Suami. Aku memang tak minatlah nak menanam pokok nie. Tak serasi kot. Tapi aku perhatikan sejak cuaca panas nie, En Suami selalu subkan kerja2 menyiram pokok2 ni pada anak2. Budak2 nie dapat main air seronoklah. Kadang2 tukang siram pun basah sekali, bole pulak dia siap main tembak2 air. Hangin je aku. Dah basah2 masuk rumah, satu hal pulak aku nk mengemop lantai. 

Khusyuk
Seronok nampak...
 
Dah hujan2 nie, nak keluar pun malas. Aiman baru habis ujian bulanan. Last week satu minggu kena kuarantin, ulangkaji. Sibuk nk pergi berjalan tp bila bos besar aka ibu tak setuju, semua kena akur..Ha…ha…terus mogok duk dalam bilik layan komputer. Kalo dh keluar mesti makan kat luar punya. Stok lauk dlm peti ais banyak pulak. Kalo dh lama dalam peti ais dh tak fresh. Baik duk rumah masak lagi bagus.  

Hujan....layan Sup Tulang memang terbaik
Ada orang marah dapat makan sup sikit je. Org duk sibuk makan dari tengahari, dia sibuk makan aiskrim bermangkuk2. Pastu mengamuk dapat makan sikit. Selalu aku mmg akan masak cukup2 je. Kadang2 seekor ayam tu boleh 4 kali masak. Aku bukannya kedekut, tapi berjimat. Membazir kan amalan syaitan. Lgpun aku dh faham benar ngan feel En Suami dan anak2 aku. Diaorg takkan makan benda yg sama for 2 todays. Maksud aku lauk smlm tak habis, simpan peti ais, esok panaskan balik…confirm diaorg takkan makan. So dari benda tu terbuang je, baik bajet betul2 banyak mana nak masak. Tp sekarang dh ada penghuni baru kt rumah. Lauk tak habis, serahkan je pada dia…My Pussy..


Buat2 tido bila suruh keluar

Saturday, 15 March 2014

JAMUAN PERPISAHAN

Minggu nie busy sikit aje. Keje belum start banyak lagi. Sok dh start buat kursus, confirmlah banyak claim yg aku kena settlekan. Macam tahun lepas, nak muntah rasanya nak menghabiskan keje yg ada. Minggu nie minggu makan2 . Sempena meraikan pertukaran Pn Azliza Alwi, pegawai eksekutif Unit Kewangan. Bertukar pun bukannya jauh. Penempatan masih lagi di jabatan tapi ditempatkan di unit lain. Sempena meraikan beliau, jamuan telah diadakan di Royale Bintang, Seremban. Paham2lah kt Seremban nie bukannya banyak benor hotel yg ada. 

First round



Tak sempat nak amik gambar dh sebab aku sibuk makan. Ofismate pun sibuk makan sebab kat opis takut nak makan dan minum banyak2 sebab air takde. Seksa rasanya bila air takde nie. Second jamuan kiatorg buat kt opis je. Bukan jamuan sangat..lebih kpd minum petang. Saja suka-suka aje..

My bos n Pn Azliza

Good luck Pn Azliza di tempat yg baru dan secara peribadinya walaupun aku bukan bekerja dibwh seliaan beliau, tp rasa sedih jugakla. Terasa kehilangan itu...Seriusly...

Saturday, 1 March 2014

NASI LEMAK SIMPLE

Korang breakfast apa hari nie. Demam pun sempatlah masak nasi lemak. Tapi simple2 jelah. Bolehla tengahari masak lambat sikit. Ada jemputan kenduri hari nie, tapi aku tak laratlah. Cuaca dh la panas nanti hingus aku tak berhenti mengalir pulak. So biarlah En Suami je yg pergi. Tapi tak taulah pergi ke tak tu bila aku srh dia pergi sorang. Nasi lemak mak aku memang sentiasa yg terbaik...sapa pun tak boleh lawan. Dah lama tak dapat rasa air tangan mak aku sejak dia sakit. Kalo korang nak tahu dulu mak aku mmg berniaga. Nasi lemak, nasi minyak, nasi dagang masa kat kem Galing dulu. Memang meletoplah. Kalau tak, takkan kakak ipar (kes mengidam la ni) aku yg duk Seremban nie sanggup datang Kuantan sebab nak makan nasi lemak mak aku. Cuma aku je yg tak sempat nak menuntut ilmu dengan mak aku. Harap2 skill memasak mak aku tu dapat kat aku la. Lgpun sekarang dh senang. Nak resipi apa pun search je kat internet. Macam2 resipi ada.

My Nasi Lemak 

Nasi :

2 cwn beras
1 cwn santan (pakai santan kotak je)
1 1/2 cawan air
Daun pandan, halia dan garam secukup rasa.

Sambal Ikan Bilis

Bawang merah dan putih
Cili Kering (blend ngan bawang besar)
Ikan bilis
Air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

*Masakla macam masak sambal biasa, kalau nak lagi sedap dh masuk semua bahan perlahankan api biar je kt atas dapur tu smpai mendidih n masak.

Sebab masak simple2 presentation kena cantikla sikit. Baru ada mood nak makan. Nasib kat belakang rumah aku nie ada pokok pisang. Amik daun pisang buat alas baru sedap makan. Dahla pokok pisang tu kecik lagi, bole plak aku amik daun wat alas. Nasib laki aku tak marah. Rilek jer dia makan sampai bertambah2. 

Agak2 boleh meniaga tak??

Tak taulah Aiman wat apa kat bilik tu. Aku suruh dia ulangkaji sebab hari Selasa ada ujian bulanan. Dia makan nasi lemak 3 pinggan tadi . Kalah ayah dia. Harap2 tak lolaplah sambil ulangkaji tu..
Study peluk bantal...mmg lolap jap lg...