nuff

Saturday, 1 March 2014

KUCHING - PART 4

Melampau betul.. tak habis lagi entry pasal Kuching ..sampai berbulan. Puan Belog asik demam je. Tu yg citer Kuching tak habis2. Oklah hari ke 4 kitaorg dh tak sewa kereta lagi. Nak jalan2 je sekitar Waterfront. So, bangun lambat sikit. Cas balik tenaga, dh 2 hari berjalan non stop. Misi hari nie nak cari souvenier dan kek lapis. Kedai souvenier kat sini banyak sangat. So ko kena pusing2 dulu, survey harga baru beli. Contohnya cam fridge magnet..hari pertama aku beli 3pcs RM 10.00, tapi pas pusing2 hari nie aku dpt 5pcs RM 10.00. Terasa rugi betul. Pastu kitaorg sempat singgah Tun Jugah Mall, makan2 pusing2, bersantai2...Then ke Indian Street. Namanya je Indian Street tp kedai Indian adalah 2,3 buah je. Tak menarik sangatlah kat sini. Then ke seberang sungai nak beli kek lapis. Anak2 aku punya excited naik bot tak habis2 lagi. Aku pulak yg rasa seram.



Bagi diaorg pegang kamera...mcm2 pose diaorg buat. Layan jelah janji korang tak bergaduh. Masa ni aku dh penat. Perhatikan je telatah diaorg.






So tapau kek lapis kat Dayang Salhah ngan Kek Lapis Mira. Ingat hari nie nak makan special sikit kat seberang. Sekali malam tu Nasi Ayam Penyet je yg ado sebab Chef cuti. Muak aku hari2 layan Ayam Penyet. Pas makan balik hotel kemas2 barang. Sedih plak dah nak balik esok.

Kat lobi hotel, teksi sentiasa ada. So tak payah nak risau nak ke airport. Tambang teksi mcm biasa RM 26.00 tapi kasi lebih skt kt uncle nie sebab servis dia bagus. Takdela menyombong macam teksi yg aku naik hari mula2 tu. So...entry Kuching dh abis, baru rasa lega. InsyaAllah ada rezeki kami datang lagi. Bye2 Kuching...