nuff

Thursday, 22 May 2014

36th BIRTHDAY

Firstly..terima kasih atas ucapan dan doa yg kawan2 dan keluarga titipkan untuk aku sempena ulangtahun ke 26 36 aku. Really appreciated that..Tapi anak2 aku yg sejak dari awal Mei asik citer pasal birthday aku, lupa nak wish kt aku gara2 sibuk. Sibuk duk entertain sepupu2 dia yg datang. Alolo...sedihnya ibu...En Suami macam biasalah mana boleh lupa birthday aku. Tapi En Suami ckp takde surpriselah, sebab dia tak beli apa2 lagi untuk aku, takut aku tak suka. Nak handbeg kan?? Saya dh baca dlm blog awak. Alamak...laki aku follow ke blog aku. Dia mmg tau aku baru berjinak2 berblogging nie. Tapi bila dia mintak add blog, aku tak bagi. So nanti kita keluar pergi beli hadiah, pastu terus g celebrate.. Tetiba teringat pulak dulu2 time study, dia bawak aku pg makan. Tetiba dtg sorang mamat nie bawak kek konon2 nak surprisekan aku dtg hantar kek. Aku pun sukalah...tapi takdelah surprise sangat kot sbb dr jauh aku mmg dh kenal mamat tu. Kawan En Suami juga..Anyway, love it very much sbb selalu susah2kan diri nak menggembirakan aku. Thanks sayang...

Sambut kat tempat biasa, Resipi Rahsia...malas nak pergi jauh2 sbb esok anak nak sekolah. 

 Order..jangan tak order 
 1 slice je kek..Hubby srh amik sebijik ..aku tak nak. 





 Budak yg memanjang lapar je..
 Birthday girl punya..Girl??


Seram aku tengok dia makan. Tak kenyang2..

Hari Isnin keluar lagi utk misi mencari hadiah untuk diri sendiri. Org yg cerewet macam aku nie...2,3 pusing pun belum tentu berkenaan. Aiman sampai membebel2. En Suami & Syira dh pg tempat lain. Belajar2lah teman ibu, esok kena teman isteri macam nielah penatnya bang...Kesimpulannya misi gagal kerana belum bertemu apa yang diingini. Tapi anak2 yg sibuk nk beli barang. Nak mengelakkan ada yg tunjuk perasaan, aku suruh diaorg amik gambar apa yg diaorg utk besday nanti. So, inilah hasilnya...  

Tapi hari2 duk tanya bila nak belikan. Semalam Syira request belikan hadiah dia masa birthday abang.. Amboi advance 2 bulan nampak. Hadiah ibu pun belum beli tau. 

Wednesday, 21 May 2014

WEEKEND & 60th BESDAY MAK

Aktiviti weekend biasa2 je. Anak2 aku sebelum abis periksa lagi dah plan ngan sepupu2 dia. Dahlah buat plan tanpa izin aku. Mintak izin ngan ayah je sebab ngan ayah semuanya boleh. Bukan plan apa pun, diaorg berpakat nak tido umah aku je. Anak2 buah aku mmg dari dulu camtu..dari 1st batch sampai sekarang 2nd batch. Rumah Pak Lang sentiasa menjadi pilihan utk diaorg berjimba. 1st batch dh tak heran nak tido umah Pak Lang sebab masing2 dh besar. Ada yg dh keje..yg dh sek menengah. Yg 2nd batch nie..yg kecik2..dhlah kat sekolah jumpa, mengaji sama, duduk umah nenek pun ari2 dari Isnin smpai Jumaat. Tak jemu2..
Macam nie keadaan kt umah Mak kalo hari bekerja. Riuh-rendah dengan cucu2..
Ari Jumaat haritu besday mak mertua aku..16 Mei 2014. Tak sempat pun nak buat makan2 istimewa sikit sebab terkejar2 anak nak tuisyen malam. So, semuanya Along yg uruskan. Tak sempat pun nak amik gambar sebab sibuk buat air, dengar2 cucu2 dh beria2 nyanyi utk nenek. Apa taknya, dari kul 5.00 ptg duk tunggu Mak Long, kul 6.30 baru sampai.  Mak mertua aku ni sentiasa positif orgnya walaupun macam2 org kata dan buat pada dia. Dia punya tahap kesabaran tu mmg super powerlah sangat. En Suami pernah citer dulu masa dia tadika..ada sorang makcik nie siap dtg marah Mak kat rumah. Sebab dia cakap En Suami pukul anak dia kat sekolah tadika. Mak cakap kat  En Suami sabar jelah, biar org buat kat kita. Esok tu cikgu tahan En Suami balik lambat sikit, balik sekali ngan cikgu. Makcik tu dtg marah lagi, tapi cikgu backing En Suami sebab dia cakap benda tu tak berlaku sebab smlm En Suami  balik ngan cikgu. Rupa2nya anak makcik tu yg taknak sekolah, dia buat alasan je En Suami pukul dia. 

Selamat Hari Lahir MAK yang ke 60 tahun. Semoga Mak dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa gembira.

6 tahun yg lepas Mak disahkan ada kanser usus stage 1. Tapi semangat Mak kuat, alhamdulillah selepas pembedahan aku nampak kesihatan Mak makin baik. Mak pun sangat berdisiplin bab2 makan ubat2 nie..makan pun dia jaga. Alhamdulillah sepanjang 10 tahun nie, dia layan aku dengan sangat baik. Tapi mak mertua aku nie jenis pemalu dan pendiam sikit. Kadang2 bila bawak Mak pergi beli barang, puas En Suami cakap amiklah apa yg Mak nak. Tapi dia takkan amik. Segan ngan aku kot. Tu yg kadang2 aku buat2 pergi cari barang2 kat tempat lain. Kalo tak sampai kesudah dia tak amik apa2. Takpe Mak, menantu mak nie tak kisah. Lagipun En Suami pun tak berkira bila berbelanja untuk famili aku.

Hari Sabtu duk umah je. Anak2 aku ngan sepupu2 celik mata je dah mengadap PS2. Maka kedengaranlah suara bebelan dari aku. Aku ni rimas sikit bila tgk benda bersepah2. Nak main game kena ikut syarat Mak Lang. Mandi, kemas bilik, sarapan baru boleh main. Amik kau...banyak tul syaratnya. Tulah aktiviti budak2 tu 2 hari kat rumah aku. Sampai bergaduh2 sebab berebut ngan main game. Aku pun penat dh macam bibik rasanya. Kerja aku asik memasak je.

Inilah kerjanya...menghabiskan selotape je. Running Man versi Cucu Isa. Selalu Aiman ngan Syira  main berdua pun bergaduh, inikan pulak 5  orang. Riuh-rendah dibuatnya.
 Homemade Apam Balik
Dah ramai2 nie, masak apa pun habis. Seronok pulak makan berebut2 nie. Cik Nadia, saya sudah berjaya membuatnya. He..he..

Saturday, 17 May 2014

SURPRISE & SOUVENIER

Weekwend je yang dapat  menyusun, menyelongkar dan mengemas kat rumah nie. Kalo weekdays, dapat memasak dan membasuh kain pun dah alhamdulillah. Kalo rajin sikit dptlah melipat kain baju..tapi amik masa pula nak menyusun dalam almari masing2. Kadang2 rasa macam tak cukup masa sangat... rasa cam masa pendek sangat. Nak belek buku anak pun tak sempat. Semua benda nak buat..tapi walau sibuk macam mana pun, aku akan tetap capai penyapu dan mop hari2. Rasa lain macam kalo tak dapat menyapu dan mengemop rumah. 

Tengah mengemas tetiba terjumpa kad nie. Kad raya ni rasanya dah 3,4 tahun kot dalam simpanan. Sebenarnya kad raya nie Hubby beli kat Sogo sebab nak bagi kat aku. Masa tu pg soping baju rayalah En Suami. Selalunya kalo pg sana, kitaorg berpecah pg cari barang masing2.  Sekali aku mengemas beg yg kitaorg bawak tu terjumpa kad nie. Terus tersentap En Suami nak bagi kad kat aku. Terus tak jadi bagi sebab dah tak surprise. Sejak kitaorg kawin, memang tiap tahun aku bagi kad raya kat En Suami...En Suami bagi kad kat aku..Ha..ha...duduk satu rumah pun nak bagi kad ke..Tapi biasanya aku tak bagi sendiri. Kadang2 aku pos kat ofis En Suami. Kadang2 En Suami pulak masukkan dalam peti surat kat umah. So bila balik kerja konon2nya terkejutlah ada surat dalam peti surat. Amboi sweetlah sangat kan.
Kebaya??? Hint suruh isteri kuruskan badan ke bang!!

Abis tu nak feeling2 ngan siapa lagi kalo bukan ngan suami sendiri kan. Masa bercinta lagikan boleh buat inikan pulak dah kahwin. Dalam perhubungan, kita mesti kreatif...cipta sebanyak boleh kenangan bersama suami. Tak semestinya tunggu besday, anniversary  je nak belikan hadiah nak tunjukkan kasih sayang kita. Dan tak semestinya kena belikan something baru suami ingat kat kita. Macam aku..kadang2 aku buat notes kecik romantik2 gitu letak dalam poket baju ke, walet ke. Make it simple and sweet. Dan yang paling penting jangan malu nak cakap ..that you love him..kot malu sangat..sms boleh...wassap pun boleh..Cer kalo korang, tgh sibuk2 buat kerja, sekali suami msg benda2 sweet camtu, mau tak berbunga2 hati tu kan. Pandai sangat nak kasi tips konon...

Kadang2 En Suami selalu nak buat surprise..tapi kadang2 tak jadi. Pernah dia belikan aku perfume, konon2nya nak hadiahkan kat aku sempena besday. Tapi boleh pulak resit dia letak merata2. Pastu dia boleh simpan pulak hadiah tu dalam poket baju yg ada dalam almari. Dah tentulah aku yg mengemas baju dia, so aku terjumpalah hadiah tu. Tapi aku tak ambiklah.  Dia terlupa kot yg isterinya dia nie rajin mengemas dan menyelongkar. So bila tiba harinya, aku buat2lah surprise dpt hadiah tu. Tapi aku rasa En Suami serik kot nak belikan hadiah tuk aku, sebab aku nie cerewet. So dah takde istilah surprise lagilah untuk aku sejak kes perfume tu. Sekarang nie bila dia nk hadiahkan aku apa2 dia mesti cakap..nak belikan aku jam..pilihlah sendiri. Bajet dia dalam RM300. Sabar jelah bang dengan isterimu ini.

Macam bulan lepas dia belikan jam untuk Syira siap berbalut lagi. Tapi bila aku dapat tau harga jam tu..terus aku bebel2kn dia. Iyalah budak lagi, buat apalah belikan jam mahal2. Beli yang RM10 pun anak dah suka..janji dia dapat jam. Sebenarnya aku rasa En Suami nie  ketagih beli jam kot. Kalo tak takkan sepanjang aku kenal ngan dia..dah 5 jam dia hadiahkan kat aku..Ha..ha..matikla kutuk laki sendiri. Takpe..next besday i belikan u jam ye bang. Koleksi jam En Suami dah kurang. 1 dh bagi Aiman, 1 lagi dh kena curi kat masjid. Org pergi masjid nak buat ibadat, boleh pulak ada yg mencuri. Kenalah aku menabung dari sekarang, sebab aku tau taste dia macam mana. #silamenabungjanganborossangat#

Rambut serabai..baru bangun tido

Thank you Ayah..

 

Agak2 boleh jadi model jam tak??

Thanks juga to my biras for the souvenier. Takdelah berebut ngan Aiman lagi nak pakai powerbank. Yg paling best dapat international charger/travel adapter. Persediaan untuk next trip vacation. InsyaAllah..
Thanks to pakcik Udin aka Tokey Sparkling Skincare for the souvenier from Bangkok. More details about skincare tu boleh terjah insta @loveandandcherry_territory. Sekarang dah berjinak2 pulak mendesign baju untuk pengantin. Dia mmg ada bakat dari dulu lagi. Mak aku selalu marah sebab suka beno duk godek mesin jahit smpai patah2 jarum mesin tu. Jap2 dia kecikkan suar..jap2 repair baju. Untunglah anak2 aku..suruh pakcik dia sponsor je nanti. Gambar ni aku amik insta dia..he..he..Bolehla tlg wat dress ala-ala Pricess Elsa untuk Syira nanti.

Thursday, 15 May 2014

PRA JAMUAN - EN JASMEE & EN NORHAFIZAN

Sedih pulak rasanya bila sorang2 staff kat unit Akaun bertukar. So meh kita minum2 petang dulu aka PRA jamuan sebelum kita buat jamuan yg best2. Hari Jumaat aritu last day my geng Seksyen Vot kat opis. Terasa macam down jugaklah..sebab fikir claim yg akan datang start bulan 7,8 nanti. Hilang orang yg gigih mengkuiri dan org yg tegas dalam seksyen vot. Bersungguh dia ajak aku isi borang pemangkuan. Tapi aku taknak sebab takut kena tukar luar Seremban. No..no..no..aku serik duk berulang Putrajaya dulu. Kursus sebulan je..tapi siap pindah duk umah mertua sebab kesian nak angkut Aiman pagi2 buta. Masa tu anak baru sorang. Pernah sekali aku tertinggal bas, kawan aku drop kt komuter sekali komuter yg nak ke Seremban tak beroperasi sebab landasan dinaiki air. Banjirlah tu. Gila stress aku masa tu. Last2 naik gak komuter pg KL Sentral. Nak naik bas kt Pudu..boleh pulak bas ke Seremban dh pindah depan post office. Dhla masa tu bulan puasa...nak menapak ke post office pun dh x larat. Dr Pudu naik teksi pergi ke post office...rasa cam bodoh je sebab dekat sangat..atas kesengalan aku tu melayang RM10. Sampai2 terus aku beli air kotak dan roti. Standby utk berbuka..tengah2 beratur tunggu bas, azan pun berkumandang. So, berbukalah puasa sambil beratur...aku pun tak sure aku minum air kotak ke air mata sbb masa tu tetiba sedih pulak.  Automatik je air mata aku mengalir....

Anyway Jasmee...tahniah ye sebab berjaya memangku W22 dan rezeki ko jugak sebab posting pun dekat Seremban 2 je. Semoga lebih berjaya dan cemerlang di tempat baru.
Sedih ke bang..

Pembahagian harta pusaka secara faraid ke tu..

 Dan Selamat Maju Jaya juga buat our Penolong Akauntan, En Norhafizan yang bertukar ke Mahkamah Syariah Seremban mulai esok. Tak sempat nak bekerja di bawah beliau yg nampak macam pendiam dan cool selalu.

Semua dh lapar, laju je baca doa


 Macam2 ragam..sedih ke tu??
En Hafizan cakap dia simpan dulu ucapan dia utk next jamuan. So kita nantikan ajelah. To both of you, ampun dan maaf atas segala-galanya. And Jasmee jangan amik hati sebab kadang2 akak pun bergurau kasar dengan kau yek. Suka menyakat ko...akak call angkat ye sebab terpaksa menuntut semula ilmu dr ko memandangkan kena cover keja ko...Prepare speech tuk jamuan nanti...

Sunday, 11 May 2014

my SYURGA & my KUNCI PINTU SYURGA

Hari nie kat fb , kat ig semua org duk update status pasal hari ibu. Tapi pada aku hari nie jugak merupakan hari yang sangat istimewa. 11 Mei 1948...Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke 66 tahun buat ABAH. Aku senantiasa mendoakan agar Abah dikurniakan kesihatan yg baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki...pendek kata aku senantiasa mendoakan yg terbaik untuk Abah. Alhamdulillah kesihatan Abah pun makin baik sejak keluar dari hospital aritu. Tuhan je tahu macam mana perasaan aku masa tu..saat abah dikomakan kerana kegagalan bernafas. Terpaksa disokong dengan bantuan mesin pernafasan. Abah yg selama ini gagah di mata aku..terbaring dengan wayar yg berselirat.

Abah yg senantiasa kelihatan tersenyum walaupun aku tahu ada luka dihatinya. Abah yg senantiasa gembira menanti kepulangan anak2 dan cucunya. Abah yg kadang2 merajuk dan berjauh hati bila anak2 dan cucu2 tidak bertanya khabar. Abah yg senantiasa berusaha untuk memberi kesenangan, kegembiraan dan kebahagian untuk kami semua. Abah yang senantiasa setia disisi Ma..siang dan malam. Abah yang sentiasa berusaha dan tidak putus2 doanya agar isterinya kembali sihat seperti sediakala.
Manja2 dan mucuk2 Atuk..

Alhamdullillah...aku bersyukur kerana sehingga ke saat ini Abah masih setia dan sentiasa menemani Ma. Walaupun kadang2 kesihatan diri sendiri terganggu, Abah sentiasa mendahulukan kebajikan dan kesihatan Ma. Terima kasih Abah kerana menyedarkan aku...menginsafkan aku...betapa agungnya cinta Abah pada Ma. Walaupun mereka tak bercinta semasa berkahwin, alhamdulillah cinta mereka masih utuh hingga ke hari nie. Terima kasih atas segala kasih, sayang dan cinta ini Abah..

Buat Ma juga, Selamat Hari Ibu. Terima kasih Ma kerana mengandungkan, melahirkan, mendidik, menjaga dan membesarkan kami. Kuatkan semangat Ma. Abah, Kak Da dan anak2 Ma yang lain masih memerlukan Ma. 

Kami rindukan bebelan Ma..kami rindukan gelak tawa Ma..Kami rindukan sentuhan dan dakapan Ma. We miss everything about u Ma..

Buat abang2 dan adik2 ku..kuatkan semangat kerana Allah SWT sedang menguji kita. Allah SWT masih  memberi peluang kepada kita untuk berbakti dan membalas jasabaik dan pengorbanan Abah dan Ma. Bersyukurlah kita kerana masih mempunyai Abah & Ma. Gunakanlah masa dan peluang yg ada dengan sebaik2nya.


Thursday, 8 May 2014

DENTIST TERBAIK - DR MAZURA

Tetiba En Suami suruh aku balik keje sendiri. Apahal pulak...rupa2nya dah janji ngan anak2 nak pergi jumpa dentist. Sampai hati..tak kira aku pun nak ikut. Selalu bawak anak2 kt Klinik Dr Mazura kt Senawang. Anak2 aku dapat jumpa dentist pun seronok. Kalo aku dulu masa sekolah, bila tau kena jumpa dentist punyalah takut. Berdebar2 je bila nampak member masuk kelas bawak kad biru. Kalo boleh nak menyorok jee..Sebab..nurse dulu garang2...buat kerja pun kasar..mentang2lah kat sekolah, tak de mak bapak yg duk perhati kerja kau. Memang fobiala nak jumpa dentist nie...

Tapi memang puashati dengan servis Dr Mazura nie. Dia pandai pujuk budak2..sambil bercerita, sambil buat kerja..so mmg takdelah adegan menjerit2 dan menangis2. Aku cuma memantau dari jauh jee. Pernah sekali Syira balik dari sekolah..mengadu gigi kena cabut kat sekolah. Aku tanya dia sakit tak?? Sakit..sikit lagi airmata Syira nak keluar. Tu yg aku taknak tu, takut lama2 dia pn fobia nak jumpa dentist macam aku. Alang2 dh smpai sana, aku ngan En Suami pun buat checkup sekali. Nak2 gigi aku yg berkarat nie. Nak buat scaling mmg seram la..buat rawatan yg lain dulu. En Suami citer dulu dia pernah pergi cabut gigi kt klinik area Seremban. En Suami aku memang tak de masalah fobia nie. Bila dia cakap kat Dr tu sakit, boleh pulak Dr tu cakap 'itu cuma perasaan awak' Vangang punya Dr...boleh plak cakap macam tu. Lepas tu terus tak pergi situ dh. Ha..ha..dulu dia pergi situ pun sebab klinik panel tempat dia kerja.

Wajah2 riang sebelum jumpa Dr Mazura



 
  Aman dunia..dua2 dh kena cabut gigi masa nie.

Balik tu masing2 sibuk nak makan aiskrim pulak. Kalo aku dh kena cabut gigi nak balik umah terus. Nak tido..tapi budak2 nie..siap nak pergi Giant pulak. Aiman pulak sibuk nak gunting rambut. 'Esok abang nak baca doa kat perhimpunan'..pandai lak nak melawa..kalo tak dia lah yg paling comot. aku asik membebel kat dia je sebab baju kotor mengalahkan budak kecik. 'Pandai ke abang baca doa?? Siapa yg pilih abang? En Suami nie lain macam pulak soalannya. 'Ketua kelas tanya kt kelas sapa nak baca doa..abang volunterlah nak baca'...Ha..ha..amik kau..macam tulah anak ibu..

 Balik tu Aiman request Sambal Udang
Syira pulak bibir dah start bengkak. Kalah Angelina Jolie..Nak makan pun tak boleh. Tak sekolah lagilah nampaknya. Selalu tak pernah macam nie pun. Bawak balik jumpa Dr...rupa2nya bengkak sebab masa bius masih ada..dia gigit2 pipi dia. Alkisah...tetiba request nak makan bubur..sebab Dr cakap kena makan bubur dan benda2 lembut. Layanlah selera org sakit..Lauk hari kerja goreng2 je..jgn mintak lebih2..nanti ibu mogok taknak masak.

Hari2 korang request nak makan macam2 kan..hari nie ibu masak nie aje..Tapi memang sold outlah sebab mmg faveret diaorg. En Suami je tak makan sebab dia tak suka..unless aku masak Kuew tiow kantonis..barulah dia makan. Tajam selera ko bang di malam Jumaat nie..he..he..:)