nuff

Saturday, 28 February 2015

PULLMAN KAMI DATANG - PART 1

Cuti Tahun Baru Cina bawak anak2 ke Putrajaya. Uish...jauh benar kan. Orang Putrajaya pun balik kampung, org Seremban pulak ke sana. Aiman dan Syira awal2 dh pergi ikut Mak Ngah diaorg ke Zoo Negara. Nak tengok Panda katanya. So, janji jumpa kat Putrajaya ajelah. Baru anak2 tinggal sekejap dah rasa sunyi. Kalau anak ada asik membebel je kerjanya. Ehh...memang semua mak2 macam tu ke?? Ke aku seorang aje... 
Menginap kat Pullman, Putrajaya. 


 Bilik kitaorg mengadap Marina, Putrajaya. 
Wifi takde password. Ok...cantik..tapi nak tergelak tengok siap ada kabel internet. First time tengok cam nie. Memang terbaiklah..


 Asik menelefon je anak2 aku. Ayah kat mana?? Ayah kat mana?? Inilah sebabnya...nak baju sebab nak mandi-mando.


Puas ayah ajak naik bilik. Taknak naik2....Nak jugak dengar Ibu korang membebel. Pastu cakap yg Ibu nie garang.

Makan malam kat hotel je.. dinner buffet..malas nak keluar. Org2 yg berendam lama2 dalam kolam dah penat.



Yang nie tak taulah duk mengulang kali yg ke berapa..Jangan tertipu tau..nampak aje kurus tapi tangki besar.
Mood Tahun Baru Cina kot..semua benda berwarna merah. Selalu tgk dalam Masterchef benda nie. Creme Brule..sekali try amboi manisnye..Sedap lagi Puding Caramel Kak Norishah. Ahaks...

Aku :Amik gambar saya pastikan nampak Tower Clock tu tau.

En Suami : Okey


Cer tengok gambar aku. Agak2 nampak tak Tower Clock tu.

Jalan2 je sekitar hotel sampai Marina. Eh sunyi je Putrajaya malam2 kan..ke aku yang tak tau kat mana ada event. Takpelah sambung jalan esok je sbb anakanda semua dah penat nak tido. YESSS...

Wednesday, 25 February 2015

KAMI & IOI MALL

Hati aku berbunga2..rindu kat Abah dan adik2 terubat juga bila diaorang datang Seremban. Sejak arwah Ma sakit dan terlantar mmg Abah dah lama tak datang Seremban. Cuti sekolah pun tak dapat nak balik Kuantan. Kekangan kerja ditambah pulak Aiman dah start tuisyen untuk UPSR. Aiman dan Syira pulak asik menghitung hari bila Atuk nak datang.
Keropok Lekor Kuantan. Order khas kat adik aku.
Dah reramai nie..mood memasak tu lain sikit. Lepas makan terus diaorg keluar entah ke mana. Mesti anak2 aku duk mengepau Atuk diaorang. Esok tu ingat nak bawak Abah dan adik2 berjalan ke IOI Mall, sekali boleh pulak tangki air tersumbat. Satu hal pulak En Suami dan Abah berkampung atas bumbung merepair  sampai ke tengah hari. So tengah harilah kitaorang ke sana. Sampai2 terus cari kedai makan, tapi faham2lah tempat baru semua tempat full. Nasib sini tak ramai orang. Teh Tarik Place.

 Roti Canai Kosong pun mahal. Tak ingat berapa tapi rasanya lebih kurang RM3.00 kot.  Teh Tarik  Rm3.50 secawan.
Nasi Kerabu RM 13.00
Nasi Goreng Kampung RM 11.00 kot. Pitam tengok harga makanan.
Memang dah target nak masuk sini sebab tgk dalam FB macam best jek. Anak2 aku dah merayau ngan Atuk, Makcik2 n Paksunya. Risau lak aku dia duk mengepau Atuknya. Macam2 barang ada tiles, barang elektrik, brg2 hardware, hiasan rumah, rak2 n bakul yg comel tapi taklah sebesar IKEA. Bakul yang aku cari takde pulak kaler putih yg aku nak. Nampaknya kena datang lagi nie.
 
En Suami mmg obses dgn pokok2 comel nie. Usha2 jugak nak letak dalam bilik air, tapi harga tak cantik. Itu mmg stail kitaorg membeli. Kalau harga tak ngam macam yg kitaorg bajet, mmg tak akan belilah. Alah membeli, menang memakai...lebih kurang gitulah konsepnya.

 Sempat jugak ke Index Living Mall dalam IOI Mall ni jugak. Kalau masuk tempat macam nie seharian pun tak terasa. Buat kawan2 yang bakal nak berpindah ke rumah baru..meh cuci2 mata cari idea nak hias rumah. Yang tak pindah rumah baru pun boleh jugak cuci mata. Most of the colour dinding nie aku dah try dah. Target aku sekarang nak buat wallpaper pulak. Tapi bajet belum ada lagi. Hu..hu..













 Seperti yang dijangka, anak2 aku berjaya mengepau main kat Ice Scape. Fee seperti dibawah. Selalu kalo pg Sunway Piramid dapat tengok orang main. Kali nie ada peluang main, sampai habis lencun baju Syira. Apa taknya...tak pernah main, asik bergolek je. Satu hal pulak nak beli baju lain. Kesian pulak duk mengigil je. So kalau nak bawak anak2 yg tak berapa nak pro ke sini, make sure korang bawak baju spare..
 




Monday, 23 February 2015

KONVO AKRAB

Selepas 15 tahun berpeluang lagi menghadiri konvokesyen. Ops..bukan menghadiri tapi menerima sijil pada Majlis Pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Kementerian Pendidikan Malaysia. Hampir 780++ ahli AKRAB KPM seluruh Malaysia tidak termasuk Sabah & Sarawak menerima sijil tersebut yang diadakan di Audiotirium Cempaka Sari, Presint 2 Putrajaya. Negeri Sembilan terlibat pada majlis sesi pagi. Amboi...pukul berapa nak bangun nie. Dahlah kena berkumpul kat opis kul 6.30 pagi.

Melangkah dengan penuh semangat. Sebenarnya nak cepat takut lewat sebab bas tersesat kejap. Nasib sampai on time. 








Walaupun pakai baju bermacam corak, tapi kontijen Negeri Sembilan masih mengekalkan tema Ungunya sama seperti senior2 AKRAB Batch 1.





Masing2 tersenyum kepuasan plus kelaparan sebenarnya. Alhamdulillah majlis yang dirancang berjalan dengan lancarnya. Semoga ahli2 AKRAB Batch 2 dapat bekerjasama dengan ahli2 AKRAB Batch 1 dalam menyusun dan merangka projek seterusnya bagi tahun 2015. Dan semoga AKRAB Negeri Sembilan lebih cemerlang di masa akan datang dalam usaha untuk membantu diri sendiri dan mereka2 yang memerlukan. In Sha Allah.....