nuff

Tuesday, 24 March 2015

BURGERBYTE SENAWANG

Hari tu ada member opis duk tanya...kat mana nak makan chicken chop yg sedap?? Aish..susah jugak kengkadang nak jawab soalan cam nie..sebab ehh..citarasa kita nie berbeza. Kang bila aku cakap sedap...dia cakap tak sedap pulak..tapi antara tempat yg sedap pada tekak akulah kat Burger Byte Senawang. Dulu kalo datang selaluu duk order Burger Daging je...tapi sejak dah try chicken chop sekali..maka terus setia mengorder chicken chop setiap kali ke sana.


Sumber :FB Burgerbyte Senawang

So..pada sesiapa yang nak ke sana, BurgerByte ini terletak berhadapan dengan Taman Guru. Selalu kalau ke sana aku pergi pas maghrib sebabnya nanti lama kena tunggu sbb org  ramai. Agak2 tak boleh nak tunggu dan kurang sikit kesabaran di dada, eloklah awal2 ke sana or take away sahaja. Kat sini kalo nak order terus ke kaunter, tapi makanan dan minuman akan dihantar ke meja tuan puan ya.


Taste sama ngan ibu
Syira and Spagetti Carbonara..peminat tegar spagetti..
Dan peminat setia cheese...luas nganga duk mengecek Beef Burger with cheese En Suami

Chicken chop yang pemalu itu diliputi fries yang merimbum dan dilimpahi sos black pepper yang mabeles...Ops..tetiba rasa lapar balik...lap ailio dulu...
Dalam pipi takde makanan ye...Puan Blog mmg semakin chubby kerana sering diumpan oleh En Suami dengan aktiviti 'Jalan2 Cari Makan, Akhirnya Aku Yg Tembam'. Makan banyak macam mana pun dia still maintain jee..Kat bawah nie sebahagian daripada menu2 yang ditawarkan di sini. Nak tau apa yang ada lagi...kenalah ke sana baru tau.
 
 
Sumber : FB Burgerbyte Senawang

Tarikan baru kat sini ialah waffle and ice cream. Tapi kalau dh makan main dish rasa mmg dah tak pandang benda lain kerana dah kenyang sangat. Memang agak pricy..tapi alhamdulillah puas hati.


Sumber : FB Burgerbyte Senawang