nuff

Monday, 22 June 2015

KAMI DI SUPER KITCHEN

Ini kejadian masa cuti sekolah hari tu. Dah lama gak tak balik kampung...bila balik rasa sedih dan macam tercari2 arwah Ma.   Tak dapat nak gambarkan perasaan tu macam mana...apa2 pun semoga arwah ditempatkan bersama orang2 yg beriman. AMIN...

Bila balik Kuantan macam2 nak makan. Aish...baru ingat nak diet sikit..sebab si Syira asik cakap Ibu dah gebu. Takpelah balik Seremban nanti diet...kah..kah...confident je nak diet dahlah awak tu ada gastrik. So just follow with the flow ajelah...Ingat aritu balik nak test makan steambot kat Lilawadi. Tekak ni terasa2 lak Manggo Cheese Cake. Tapi penasihat2 syorkan test kat Super Kitchen, Indera Mahkota. So...i follow ajelah

Konsep kat sini kena shopping dulu sebelum makan. So pilihlah apa yang teragak nak makan dan penuhkanlah troli yg ada mengikut bajet dan kemampuan anda.
 Siap letak dalam pinggan2. Pilih aje

 Yang macam nie dah siap campur semua..harga lebih kurang RM50++

Yg panjang tu Pahat namanya. Yang sebelah tu isi ikan apa entah..

Harga berdasarkan warna pinggan. Kalau macam Salmon, daging tu mahal sikitlah..

Yang nie pulak dari dalam keta dah booking nak tolak troli...Aishh...apa yang direbutkan pun aku tak tau..

 Pencuci mulut pun ada...buah2, puding, kek..tapi aku rasa macam mahal sikitlah.


 Ada 4 jenis sup yg boleh dipilih...ayam, makanan laut, sayuran n spicy..tapi yg sedap kat tekak aku spicylah..maklumlah dah lama bermastautin kat Seremban semua nak yang podeh2.




 Setakat balik2 kan bolehlah...bab masak mmg hancus..



 Pilihan En Suami...Grilled Chicken..tak kenyang makan steambot katanya.
 Puding Raja yang dah lama teringin nak makan
 Restoran luas, bersih dan selesa.
 Masing2 dah kekenyangan. Tapi aku tau abah tak kenyang...balik mesti buka periuk cari nasi jugak.


Aku suruh diaorg pandang atas aku je yg tengok kamera. Kat area Indera Mahkota nie mmg banyak jugak steambot no..lainkali boleh cuba kat lain pulak. Pasnie sapa pulak yang nak open table nie?? Kakakmu ini menunggu aje..