nuff

Friday, 31 July 2015

BERAYA DI HOSPITAL

Entry lepas aku ada mention anak aku masuk hospital kan. Hari Khamis last week Aiman dah start demam. Dia nie macam ayahnya jarang sakit...tapi kalau dah sakit memang ambil masa nak sembuh. Tapi bila aku suap nasi, amik kau 2 pinggan sekaligus dia makan. Esok tu, En Suami cakap Aiman bangun pukul 2 pagi...pergi mandi sebab dia sendiri terasa badan dia panas sangat. Pastu En Suami bagi makan ubat. Ok...aku pun tak sedar apa yg berlaku..kah..kah...emak kau kalo dah tido memang camtulah ye. Tak sedar apa yg berlaku, harap maklum...Pagi Jumaat tu terus bertolak balik ke Seremban. Ehh..risau lak tgk demam dia tak berkurangan.   
 Demam pun kena jaga penampilan diri . Aku tampal cool fever tu pun dia marah. Tak selesa..Sampai Seremban terus pergi Klinik Pakar Kanak2 kt Senawang buat ujian darah.  Sah...confirm..denggi..terus doc suruh pergi hospital. Sampai hospital SALAM...boleh pulak bilik semua dah penuh. Amboii...anak aku memang dah nampak tak larat sangat nie..terus contact sana sini...Finally ada jugak bilik. 
 Terus drip air sebab badan dia panas sangat. Kul 11 lebih aku balik sebab nak settlekan hal kain2 baju yg dalam kereta. Belum sempat singgah rumah lagi. Malam tu En Suami & Syira teman tido kat sana. En Suami cakap dia tak berani tido sebab suhu badan Aiman 38-39...So dia asik duk jaram anak je.
  Anak dara nie cakap nak jaga abang. Tapi sampai doc masuk checkup abang pun dia tak bangun lagi. Sampai doc tanya demam jugak ke.
 Hari ke 2 nampak elok sikit. Makan pun selera aje. Actually anak buah aku pun mmg masuk hospital jugak sejak Selasa sebab denggi.  Bilik dekat2 je...so mmg sepanjang masa dia ada dalam bilik kitaorg. Lgpun kakak ipar aku takde, kena pergi gubal soalan untuk exam.  
  
Seronok je ada geng

 Semua benda tak boleh buat sendiri. Ayah jugak yang rajin melayan.
Yg nie pun duk sibuk menanda menu makan untuk abang dia...tapi ikut taste dialah.


Oleh sebab ikut taste dia, so dialah yg makan semua. Orang demam asik request makan macam2. Taknak makanan hospital. Eksyen betul..

Malam ke 2 aku pulak yg jaga. Mmg tak dapat nak tidur sebab demam dia tak menentu. So siangnya aku suruh Syira yg jaga. Suap abg makan...pimpin abang pergi toilet..aku qadak tidur...

Dia juga yg jadik PA duk catat carta nie. Penting bagi orang yang kena denggi isi carta nie sebab doc nak pantau air & makanan yang masuk dalam badan dia.
Malam ke 3 dh start loya2...badan pun dah tak menentu. Makan pun dah tak berapa selera. Akhirnya tertido dalam keadaan duduk. Kesian anak bujang ibu.

INFO DENGGI

TANDA-TANDA DENGGI

-cirit birit 
- demam dan gatal gatal 

- sakit bahagian belakang biji mata 
- sakit kepala yang teruk
- sakit otot dan sendi yang teruk 
- sakit perut 

- sakit pingang yg teruk ( demam tulang pecah )

Rawatan yg diberi adalah untuk menstabil pesakit bergantung kpd keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam ( suhu badan ) dan mengelakkan dari pendarahan berlaku. Rawatan demam denggi berdarah adalah demam yg sgt panas ,kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yg sgt panas meningkatkan risiko terjadinya sawan. Oleh itu demam patut dikawal dengan antipirentik. Pesakit juga diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dpt dikesan awal.
Masa yg paling genting ialah pada hari ke3 hingga ke7, pemberian aliran intravena pula jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat krn ia mengambarkan darjah kehilangan plasma.

Tak sempat nak mencari pucuk betik...rupa2nya dah ada yg dikomersilkan. Bagi juga buah kiwi...org ckp kesan dia lagi cepat. Kalo sebelum nie nak makan pil punyalah susah...tapi bila warded senang pulak dia duk menelannya.

En Suami cerita ada satu hari tu, nurse kejut suruh makan ubat. Dia cakap letak je nanti ayah bagi. Nurse tu jawab tu kerja dia..bukan kerja ayah..terus dengan redha dia telan. Pastu adalak satu masa, ayah dia suruh je nurse tu tinggalkan ubat..kononnya nanti dia bagikan. Terus si Aiman tu jawab...itu kerja nurse, bukan kerja ayah...Ha..ha...
Hari2 duk berkelah kat sini. Orang demam hari2 request nak makan apa. So orang yg sihat nielah yang untung dapat menumpang makan sedap2.
Setelah 7 hari, akhirnya dapat balik. Actually doc nk bagi balik dah hari Rabu tu, tapi platelet & sel darah putih dia turun naik. So doc tak berani nak kasi keluar lagi. Dah tak demam dah tapi dia tak selera pulak nak makan. Bintik2 merah pun dah keluar..badan pun dah start gatal2. Aiman nie bukannya tahan sakit, asyik merungut je. Tapi bila aku yang jaga dia, tak berani dia macam2. Semua aku suruh dia buat sendiri. Tak boleh mandi sendirilah, tangan sakitlah...no.no.no...dengan ayah bolehlah nak manja2. Saja je aku tak layan sangat rungutan dia...nak suruh dia fight sikit. Anak bujang kena kuat kan..

Tuesday, 28 July 2015

AIDILFITRI 2015 - MELAKA & KUANTAN

Bersiaran dari hospital SALAM sebab anak bujang admit kat sini. So dari buang2 masa, mehlah kita citer lagi pasal raya sebelum aku lupa. Hari berikutnya terus ke rumah Mak Busu pulak.


 Sempat singgah sini tengok layang2 besau..
 Singgah dulu rumah Mak sementara tunggu kul 12...Mak mertua aku mmg ada homestay untuk anak-beranak duduk kalo balik Melaka. Memang keliling rumah nie, rumah adik-beradik mak je.
 From left Kak Long, Kak Ngah, Ekin (anak Kak Long) dan Pn Blog.
 Nampak nasi, sup tulang, asam pedas...lupa pulak nak amik gambar. Masing2 tersandar lepas makan sambil En Suami n ipar duk mengait buah rambutan. Untung jugak anak dah besar...dapat melepak sambil layan mata..
Ehh...siap bawak balik betik lagi
 Ke rumah Mak Lang pulak....amboi 4 buah rumah lagi nie. Nak kena round hari nie jugak sebab yang lain dah nak balik Seremban.  Tak sempat dah nak amik gambar sebab sampai rumah Mak Lang aku dah tertido kekenyangan. Bangun2 sambung makan lagi.
Esok tu bangun terus siap2. Bersemangat budak2 nie sebab dah balik Kuantan. Sempat beraya jugak rumah Makcik sblm balik.
 Finally...anak2 abg ngah aku taknak ikut mak diaorg gi beraya kt Raub sebab nak jumpa Aiman & Syira.
 Senyum lebar Atuk tengok cucu2 ada depan mata. Walaupun dalam masa yang sama aku tahu Abah sedih sebab tahun pertama beraya tanpa arwah Ma disisi. Al-Fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. We miss u so much Ma...
 Sempat jugak beraya rumah Abg Ngah aku. 2 org anak dara nie tak sudah2 makan duk meratah lauk.
 Mengadap kari kambing...
Rumah abah yang telah dimake over oleh geng orang bujang..Respek dengan uolss..ehh...nanti datang Seremban makeover rumah kakakmu ini pulak.



Sempat masak nie je untuk Abah n adik2..eh..siapa nak datang raya tunggu dulu ye. Memang nak ajak datang rumah pun tapi buat masa sekarang keadaan belum mengizinkan. Dah penat berumahtangga kat sini. Doa2kanlah anak bujangku ini cepat sembuh. Amin...

Sunday, 26 July 2015

AIDILFITRI 2015 - SEREMBAN & REMBAU

Memandangkan masih bercuti panjang, mehlah update citer pasal raya. Ikutkan plan asal memang akan balik beraya ke Kuantan setiap tahun tanpa gagal dan perbalahan atau pertengkaran. Tetiba tahun nie, En Suami nak beraya kat sini pulak. Oklah...dengan rela hati maka berayalah kami sekeluarga kat Kg Sentosa, Seremban tahun nie. Benda boleh bawak bincangkan...bukannya tak balik Kuantan..balik juga cuma lambat sikit. Takdelah nak berkira sangat sebab sepanjang 13 tahun kawin nie, baru 3,4 kali beraya kat Seremban.

Hari mantai..org sibuk ke pasar beli daging, ayam, santan..aku pulak boleh duk sibuk mengemas rumah je. Sebab fikir nanti balik dari kampung dah tentu banyak bawak kain baju...mana nak mengemas lagi..mana nak beraya lagi. Lagipun awal2 dah kawtim ngan mak mertua..masakkan ketupat, rendang & lontong lebih tuk kitaorg sekali. Memang rajin sangat menantu mak nie. Dah suruh masak janganlah buat2 lupa hulur ye. Hargai penat lelah orang sikit. 

Bajet untuk deko2 rumah  memang takde tahun nie. Cuma guna balik apa yg ada. Tahun lepas raya pakai langsir merah, tahun nie coklat pastu tahun akan datang merah balik. Kenalah berhemah berbelanja kan. Janji baju raya mesti baru...walaupun agak frust baju raya tak berapa nak sedondon sangat. Aku kan suka tukar2 plan last minit.





 Esok nak raya...malam baru nak pasang pelita. En Suami mmg suka buat kerja last minit. Nak pulak pasang pelita buluh.
 Sessi bermaafan di pagi raya. Masa mintak maaf masing2 suara tak keluar sangat. Tapi bab duit raya, lantang jek suara masing2..

 Anak dara yg suka buat drama nie...katanya dah siap skrip awal2 nak cakap apa. Tapi bila tiba time dia terus speechless. Pastu kerja dia gelakkan orang jek..


 Nie je gambar raya kami tahun nie. Nak cepat ke rumah mak sebab dah lewat. Balik dari sembahyang, terus masak nasi minyak nak bawak rumah mak. Sekali kena bawak balik semula ke rumah sebab adik2 beradik En Suami nak datang. Pastu family bapak mertua dari Rembau nak singgah sekali. Dahlah barang apa pun takde dalam peti sejuk. Malas nak beli banyak2 sebab dah tau nak balik kg. So backup buat nasi lemak. Nasib ada stok ikan bilis, telur n santan kotak. Berbaloi2 masak pakai baju raya semuanya licin. Sedap tak sedap itu belakang kira.



Raya ke 2..terus ke Rembau (famili bapak mertua) dan Melaka (famili mak mertua)
 Rumah Pak Teh

 Singgah Kg Panchang pulak. Rumah Mak Lang.


 Duk meratah Rendang Hitam. Aku pun kalau balik Rembau...yg nie aku duk cari dulu.
 Cerah biji mata masing2 nampak nasi. Yang simple2 tu yang sodap janji kenyang. Masing2 dah kenyang...mata pun dah berat..eloklah bergerak ke destinasi yang seterusnya.
Ke Melakalah pulak kita....

Sampai Banda Hilir lebih kurang 6 lebih. Melaka time bila2 pun tak pernah tak jem. Check in kat Seri Costa. Betul2 depan Menara Taming Sari. Dah makan macam2 tapi bila nampak MCD tetiba rasa lapar balik.



Jangan tanya kenapa Aiman selalu takde dalam gambar. Bila dah berjumpa geng orang bujang memang lupa Ibu & Ayah. Nie pun dapat amik gambar sebab mood tengah baik.