nuff

Monday, 31 August 2015

MERDEKA..MERDEKA...MERDEKA

Cuti Merdeka korang pergi mana?? Saja tanya duk sibuk nak tanya korang pergi mana sebab aku hanya menghabiskan masa selama 3 hari di rumah sahaja. Alasan En Suami kalau sibuk pergi sana sini nanti Aiman penat nak study. So walaupun hati tak rela..jiwa meronta2..ku turutkan jua kemahuan En Suami. Malam2 duk sama2 teman Aiman study sambil mengemaskini blog. Harap2 selepas ini semua berakhir dapatlah pergi bercuti. Ehh...kalo En Suami tgh baca blog saya ini..saya nak bagitahu yang saya nak pergi bercuti. Dekat pun x pe..janji saya dapat bersenang-lenang, mencuci mata & poket serta menggantung kuali. Ohsem sungguh..

Semalam anak2 duk telefon Abah katanya esok nak pergi berkawad. Wahh...tiap2 tahun Abah pergi berkawad mewakili Persatuan Bekas-Bekas Polis Pencen. That's great Abah. Semangat cintakan negara dan tanah air Abah tak pernah padam. Ehh..lupa nak bgtau yg Abah kita polis pencen. Dulu dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan dan kemudian namanya ditukarkan ke Pasukan Gerakan Am (PGA). Sejak bujang Abah bertugas kat Kem Galing sampailah bersara. Dulu2 arwah Ma citer lepas kawin je kena tinggal sebab Abah kena pergi bertugas kat Sarawak. 2,3 bulan baru dapat jumpa suami. Jadi isteri polis @ askar jiwa kena kentalkan.

Tapi sejak aku lahir Abah dah tak kena pergi operasi lagi sebab dah tukar cawangan lain. Tak merasalah aku rasa apa yg abang2 aku rasa kot. Itu yg sejak dari kecik duk berkepit je ngan Abah. Abah aku jenis yang tak banyak cakap, tak pernah melenting, tak pernah angkat tangan apatah lagi suara pada anak2. Seumur hidup aku sekali je yg aku ingat Abah pukul aku ngan bantal sebab duk usik Cik Liza Mustafa yg masih baby tu tido. Ehh...tapi arwah Ma aku garang tau...pastu garang dia tu dapat kat aku sikit. Sikit aje..

 
Buat Abah, Koperal 51917 Mustafa Bin Mamat PJK, dan rakan2 seperjuangan semoga dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik dan keberkatan di dunia dan akhirat . Terima kasih atas usaha, penat lelah, bermandikan keringat dan darah dalam mempertahankan dan mendaulatkan tanah air yang tercinta. Thats true...tugas Abah & rakan seperjuangan yang lain telah selesai. Kita sebagai generasi yang seterusnya yang harus memikul tanggungjawab mempertahankan tanah air kita. Kalau dilihat senario ekonomi dan politik sekarang memang rasa takut jugak.  Kenapa aku rasa takut?? Sebab aku ada anak2..dan aku nak anak2 aku membesar dengan keadaan yg selamat, aman & tenteram. Belajarlah menghormati antara satu sama lain. BERSIHkan hati...BERSIHkan jiwa. Pupuk balik semangat setiakawan dan bersatu padu. Jadi...kita sebagai warganegara Malaysia...tepuk dada..tanya ?????? Pilihan di tangan anda..
SALAM SEHATI SEJIWA....SALAM MERDEKA....

Saturday, 29 August 2015

CHEESE TART SEMUDAH 1,2,3

Bahan-bahan Pastri

125gm mentega
45 gm gula icing @ susu tepung
1 biji telur gred B
240 gm tepung gandum ( ikut adunan ..kalau lembut tambah)
secubit garam

Bahan-bahan Cheese Filing

250 gm cream cheese
50 gm gula icing
20 gm mentega
1/2 susu besar perahan lemon
1 biji telur gred B

* Cheese dan mentega biarkan dalam suhu bilik
* Biasa aku buat 2 adunan untuk pastri sebab bahan untuk cheese filing tu memang ngam2 tuk 2 adunan pastri

Cara-cara

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 c
2. Pukul mentega dan gula icing sampai creamy. Masukkan telur, pukul lagi.
3. Selepas itu masukkan tepung hingga memmbentuk doh.
4. Tekan doh dalam acuan tart. Tekan kemas2..trim tepinya dengan jari aje.

5. Cucuk doh ngan garfu supaya masa bakar nanti doh tak mengelembung dan bakar selama 15-20 minit. Biasanya aku gunakan api atas bawah. Tapi depends pada oven masing2.
6. Tunggu sejuk dulu baru masukkan filing. Aku suka filing campur2..strawberi , kiwi dan blueberi.

7. Pastu pukul craem cheese, mentega dan gula icing sampai fluffy. Akhir sekala masukkan telur dan perahan lemon.

8. Pipingkan cheese filing pulak. Hiaskan di atas dengan filing. Lorek ngan lidi dengan kreativiti dan kemahiran yg ado.

9. Pastu bakar balik  dalam 5-10 minit atau filing tadi nampak mengelembung dan macam kering sikit. Biasa aku pakai api atas sahaja. Jangan terlebih bakar cheese sebab nanti takut akan turun bila dah sejuk


Thursday, 27 August 2015

AIMAN & UPSR

Eh...12 hari lagi anak bujang nak berjuang untuk UPSR. Macam biasa aku tengok dia rileks je memanjang. Boleh pulak bila sampai rumah ajak En Suami main badminton...pastu bila malam bila suruh ulangkaji..mulalah...ngantuklah...penatlah...laparlah. Manalah aku tak naik angin kan!! Nak marah sangat taklah jugak..kang paksa2 stress pulak. So amik pendekatan yg mudah..slow talk ngan dia. Malam2 dia study aku pun kenalah study jugak duk menunggu dia ulangkaji. Kalo dibiarkan sensorang..jap2 dia pg dapur minum air..jap2 pg bilik air...macam2 hal. 

So, aritu maka sesi memunggah, mengemas & mengorek harta2 karun yang ada. Make over sikit bilik dia..kasi meja study tu aku nampak dari luar. So kalau aku duk kat ruang tamu pun boleh nampak dari jauh dia buat apa. Ha..ha..Biasalah...mak2 memang macam tu kan...nak jugak perhatikan apa yg anak buat. Karang bila aku leka dengan kerja lain tau2 dia dah terlelap atas katil. Kadang2 memang kesian jugak kat dia. Hari2 memang balik lambat sebab ada kelas tambahan. Pastu pergi mengaji pulak. Setiap Isnin dan Rabu tuisyen BI kat Dataran Senawang. Dekat 4 tahun jugak dia tuisyen kat situ. Dah otai...sampai cikgu dia komplen 'Zarif suka main2 dalam kelas'..Mesti ikut perangai Ayah dia ni...sebab rasanya Ibu dia ni baiklah sangat.

 Sambung balik citer tadi..eh..Pastu setiap Jumaat & Sabtu tuisyen utk subjek UPSR kat Taman Ampangan. Tapi walau penat macam mana pun...aku tengok dia bersemangat je bila pergi tuisyen..harap2 takde makna yang tersirat. Well korang faham2 ajelah budak2 sekarang kan. 

Ibu dulu takder pun meja study. Bergolek jer atas lantai buat homework dan ulangkaji. Anak2 sekarang dah sediakan macam2 pun study atas lantai jugak. Silap2 baca buku atas katil.

Dan kesudahannya...terus hanyut...Eh..anak2 aku tak tido sekali..cuma masa nie nak memantau diaorg ulangkaji tu yg semua masuk bilik abang.

Bertabahlah anakku...apa yang Ibu dan Ayah buat nie semuanya untuk masa depan kamu jugak. Esok dah habis periksa..takde Ibu ni nak membebel lagi. Ingat Ibu tak penat ke nak membebel..Sebagai seorang Ibu tentunya aku nak berikan segala2 yg terbaik untuk anak2 untuk masa depan diaorg jugak. Kita pun tak dapat jangka apa yang akan berlaku di masa akan datang. So...anakku Aiman berusahalah...kerana kejayaan takkan datang bergolek. Selebihnya kita bertawakkal dan berserah pada yang Maha Kuasa. In Shaa Allah... 


DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN



Ya Allah, Ya Tuhan Kami,



Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa anak2 kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru2 kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintaimu Ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah,

Ikhlaskan hati anak-anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka agar faham apa yang diajar oleh guru2 mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu Ya Allah.

Ya Allah,

Tidak lama lagi, anak2 kami akan menduduki peperiksaan UPSR dan peperiksaan yang lain. Kami mohon kepada Mu Ya Allah, bantulah anak2 kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi Ya Allah.

Ya Allah,

Peliharalah kesihatan anak2 kami di hari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. 

Ya Allah,

Jadikanlah anak2 kami pelajar yang cemerlang Ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak2 kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mahzumah dalam diri mereka. Ya Allah, jadikanlah anak2 kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah, 

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak2 kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak2 sahabatku Ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,

Jadikanlah anak kami anak yang soleh Ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya Ya Allah. Jadikanlan anak kami ahli syurga Ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan2 yang membawa mereka ke syurga Mu Ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan2 yang membawa ke neraka Mu Ya Allah. Tetapkanlah hati mereka untuk melakukan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara2 yang tidak berfaedah Ya Allah...

Ya Allah,

Perkenankanlah doa2 kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah Tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah Yang Maha Mengkabulkan doa2 kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memaklumkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami Ya Allah...Ya Rahman...Ya Rabbul Alamin..... 


Friday, 21 August 2015

AIDILFITRI 2015 DI JPNS

Last entry pasal Syawal. Masih dalam mood beraya lagi ke?? Rasa macam tak meriah je sambutan raya tahun nie. Tahun nie takde jamuan raya di setiap unit kat opis. So takdelah dapat menjenguk opis2 unit lain. Macam kitaorg kat Unit Akaun nie tak kisah sangat sebab setiap 2 bulan kitaorg buat jamuan hari lahir. So angan2 nak setting meja, hias opis, buat backdrop nan hadolah tahun nie ye. Maybe akan buat jugak jamuan hari raya merangkap sambutan hari lahir walaupun Syawal dah lama berakhir. Ehhh...kitaorg buat tertutup je tau..

Dan seperti biasa..dah pakai cantik2 harusla berposing sakan kan.
Ini memang port bergambar wajib tiap2 tahun.
A part of us..Unit Akaun










Masing2 menunjukkan skill yg ado. Biarlah yg pakar je yang membuatnya. 


Wow..application baru eh..anyam ketupat pakai tepon..
Buluh lemang tu nak dicantum balik nak buat hiasan bukan nak dibelahlah cik kak ooi..
Eh..tetiba disuruh untuk menghias backdrop kat meja VVIP. Gunakan bahan2 terpakai ajelah.
Orang nak buat kerja..asik dihalakan kamera. Dah kena berhenti dulu. Haruslah senyum dulu kan.




Gerai Sate
 Gerai Char Kuey Teow Ganja & Mee Racun Batu Pahat...amboi nama, dasyat sangat nie. Kalau ganja tu mungkin boleh agaklah kenapa pakai nama tu. Maknanya sekali try terus ketagih & berulang2 kali nak makan. Habis tu kalo racun?? Ada berani mau makan??

 Gerai Cendol Songkok Tinggi...tiap2 tahun memang ada.

Gerai Putu Mayam...Healty food katanya.
 Gerai Lemang & Rendang


 Booking tempat awal2..belakang kitaorg tu Nasi Beriani Ayam & Kambing Maskan
Auww...manja sangat nie. Candid terbaik nie..

Aku cuma sempat ambik Laksa Johor ngan teh tarik.  Sampai je kat meja...tetiba ada keajaiban yang telah berlaku...penuh  makanan kat  atas meja. Iskh...tak sangka kawan2 aku pandai wat magik dalam sekelip mata. Baik mengaku siapa yang punya makanan tu..

 Dato' Pengarah tengah menilai bagi pertandingan gerai tercantik




Sibuknya Kak Yong..


 Yang dinanti akhirnya tiba jua. 

Thanks Mr Fotographer sebab sudi share gambar.
In Shaa Allah..panjang umur, murah rezeki...berjumpa lagi kita di Syawal yang akan datang.