nuff

Friday, 16 October 2015

CUTI, MAKAN & MASAK

Assalamualaikum...
 
Salam Maal Hijrah 1437h..Di kesempatan nie, aku nak minta ampun dan maaf andai kata sepanjang berblogging nie ada kata2 atau catatan aku yang menyinggung perasaan mana2 pihak. Tak juga buat semua yang mengenali diri ini terutama family, sanak-saudara, sahabat2 jauh dan dekat serta sahabat2 di alam maya. Walaupun tak pernah bersua muka, semoga ikatan persahabatan ini memberi manafaat dan kebaikan kepada kedua-dua pihak. Tahun baru, permulaan baru, azam baru...semoga diri ini diberi ruang dan kesempatan olehNYA untuk memperbaiki diri dan menjadi lebih baik dari yang sebelumnya . In Shaa Allah..

So, cuti Maal Hijrah hari tu memang tak ke mana-mana. Hajat di hati nak ke pejabat, menyelesaikan kerja2 di pejabat yang tak akan pernah selesai. Tapi itulah, bila dah tak tahu drive nak suruh En Suami menghantar dan menjemput tu yg kadang2 susah. Memikirkan kerja kat pejabat kadang2 memang buat rasa stress.....malas nak layan sangat perasaan tu. So, duduk di rumah sahajalah menyelesaikan apa yang patut. Selongkar sana..selongkar sini..marilah kita membaking. Hajat di hati nak buat Kek Marble Pisang...tapi teringat pulak ada yang request Congo Bar. 


 Adunan bila dah masuk dalam loyang memang nampak sikit dan rata. Tapi bila dah dibakar terus naik 3 kali ganda. Nak resipi boleh klik Sini.
 Ada orang dah tak sabar nak tunggu Congo Bar masak...harum satu rumah. Dah siap booking nak bawak pergi sekolah.
Just nak share my 1st time masak Ikan Patin Masak Tempoyak. Selalu memang tapau je kat opis. Kebetulan hari tu ofismate balik Pahang, so dia memang selalu beli ikan patin sebab ada je yg duk mengirim. Sekali terbeli 2 ekorlah pulak. Anak dara memang suka sangat nie. Meratah sambil hirup2 kuah. Anak bujang lak tak berapa nak makan sebab dia cakap 'tempoyak=smelly'. Tapi haritu aku masak elok je dia makan. Abaikan cili yang nampak kasar2 tu, tak larat malas nak menumbuk kasi halus. Adalah ikan lagi sekor tu, tapi tempoyak pulak dah habis. Mana nak cari nie?? Sapa ada stok??? 












Monday, 12 October 2015

OKTOBER DATANG LAGI

Nak update belog, tapi tetiba blur semacam je. Asik on off je pc mengalahkan orang frust bercinta..Serba tak kena dibuatnya. Penat dan stress dengan kerja kot...Sesiapa yang kerja bahagian akaun & kewangan, 3 bulan terakhir ni memang merupakan tempoh yang sukar. Iyalah akaun nak closed kerja pulak tak habis2...Balik kerja penat2 anak2 pula buat perangai. Ingatkan kecik2 dulu je meragam...tapi ragam bila dah besar nie lagi hebat rupanya. Sorang kuat mengusik...sorang kuat menjerit. Memang boleh mengundang kemarahan mak korang je nie. Kalau boleh malas dah nak rotan2 dah besar2 nie..tapi bebudak nie macam gian je nak kena sesah. Aishhh..tak tahulah ikut perangai sapa nie...Nak jugak salahkan orang lain.
 
Dulu kalau kat opis lama, hari2 bos menyanyi kat telinga suruh OT siapakan kerja. Siap deal ngan bos saya akan pastikan kerja saya siap tanpa perlu buat OT. Iyalah masa tu anak2 kecik lagi, pastu mak mertua pulak yang jaga. Sampai hati ke nak balik kerja lambat2, ingat tak penat ke jaga budak. Seboleh2nya memang tak nak buat OT, tapi kena workout lebihlah sikit.Tapi bila kerja kat tempat sekarang situasinya berbeza. Opis besar, skop kerja tak luas tapi beban kerja kadang2 mengatasi kemampuan diri. Kesian tengok member2 kat opis...yang dengan anak keciklah lagi...yg dengan pregnant lagi. Aku yg anak2 dah besar nie pun, sampai nak termuntah duk buat kerja. .

Hari2 pegang pen merah dan kalkulator. Biar meja bersepah, yg penting stok makanan mesti ada atas meja.
 
Buat rakan2 di Unit Akaun, jangan stress2. Jaga kesihatan dan yang paling penting jangan paksa diri. Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi....Ha..ha...Terima kasih En Suami sebab faham dengan situasi & emosi Pn Isteri. Kadang2 balik rumah pun dah penat. Biasalah bila badan dah penat emosi pun macam roller coaster. Kang terbebel sana sini..Tapi hilang penat sekelip mata bila En Suami tetiba cakap tak yah masak...makan kat luar ajelah. Terima kasih awak....ehhh...tetiba rasa ngantuk sangat nieh..Bila perut dah kenyang maka katil pun mulalah memanggil.
 
#tnt#baucar#wpk#upsr#pt3#spm#

Friday, 9 October 2015

NEW IMAGE - BLOG KITA

Blog kita dah berwajah baru. Hari tu tergatal tangan, godek2 sana, godek2 sini terus semua hilang. Pastu terus stress nak edit2 semula. Sebenarnya akak nie rajin, tapi disebabkan line pun lembab sesangat..terus suruh adik Mastura Aziz makeover blog kita. Sebab kita tengok adik kita Cik Senyum blog dia dah cantik. So risik2lah kat dia.  Tengah2 malam duk berfb ngan adik tu suruh edit blog kita..Pastu pukul 3.00 pagi terjaga terus carik fon bukak blog...ha..ha...psiko sangat. Ingat magik kot...dalam sekelip mata blog boleh berubah. So kalau nak berjiinak2 nak berblogging boleh pergi jengok blog adik Mastura tu. Nak buat blog boleh, makeover pun boleh...sorilah dik..berkali2 adik nie duk edit blog kita sbb kita cerewet sikit. Sikit je kan. Pandai budak2 sekarang cari duit poket. Yalah zaman sekarang nie, semua budak2 dah pandai. Semuanya dihujung jari. Lainlah zaman aku belajar dulu. Gigih malam2 naik beskal pergi CC sebab nak buat assignment sambil berchatting...esok zaman anak2 aku belajar tak taulah pulak camner. Silap2 kelas pun tak yah pergi kot. Ehh..sambil baca tu jangan lupa klik Nuffnang kita tau. 

Saturday, 3 October 2015

DENDENG DAGING SIMPLE

Musim2 raya korban mesti banyak stok daging kan..Sesekali cer buat dendeng daging. Simple, senang dan yang penting sedap..wallaweh
Rebus daging...potong nipis2 pastu tumbuk dan perap dengan kicap manis. Lagi lama perap lagi sedap. Pastu goreng sampai agak2 garing.
Blend bawang merah, bawang putih, bawang besar & cili kering. Aku tambah cili padi sikit. Pedas baru ngam.
Ini hasilnya.
Mayang sikit halia & bawang besar. Halia tu nak blender pun boleh je. Tapi lagi suka kali hiris nipis2 je. Tumis cili sampai garing, pastu masukkan balik daging yang dah goreng tadi. Tapi aku kan nak buat benda yang mudah je. Pas goreng daging tadi aku terus masukkan bahan2 yang dah kisar tadi. Pastu masukkan halia. 
Pastu biarlah mendidih. Agak2 nak kering masukkan bawang besar, tambah kicap manis sikit lagi & garam.
Ok...dah siap. Resipi paling senang..tak payah nak masukkan jintan ke..rempah apa ke.. 
Agak2 nak cepat...masak black pepper aka lada hitam lagi senang. Kalau org N9 lebih suka masak lemak cili api..campur rebunglah..masak lompaplah..Oleh sebab akak bukan org negeri..akak lebih suka yg goreng2 dan yg simple2. Nak yg lomak2 tunggu Mertua masak. okehh..Cuba jangan tak cuba tau...