nuff

Monday, 14 December 2015

AKTIVITI CUTI SEKOLAH

Lagi belas2 hari nak masuk sekolah balik. Kesian anak2..asyik duduk rumah aje. Banyak plan ada dalam kepala nie..tapi tup2 cancel. Bila aku free, En Suami sibuk..bila En Suami free aku pulak sibuk. Rasa bersalah jugak ngan anak2. Nak amik cuti balik kampung pun kena plan betul2 lepas tutup akaun. Jadi untuk mengurangkan rasa bersalah pada anak2...bawalah diaorg jalan2 cuci mata, makan2 kat Dataran Centrio. Memang happeninglah tempat nie...dari rollerblade, skuter, basikal dan macam2 'benda' yang boleh disewa kat sini. Aku pun tak tahu nak mention macam mana.
Hoverboard nie RM 20.00 for 1/2 hour. Tapi kalo weekday RM 30 per hour. Memang mahal sikit..Skuter pun RM 15.00 for 1/2 hour. 
First time datang sewa skuter, 3 kali tukar skuter sebab lembap nak mam***. Kesian aku menengoknya...tolak pakai kaki..
Second time datang bawak skuter sendiri. Laju berdesup....Jimat pun jimat. 
Anak2 dah besar...biarlah diaorg main sendiri. Kita perhati dari jauh je. Tapi kena perhati betul2 sebab budak2 terlampau ramai ni. Mak kau dahlah rabun..
Penat main, singgah makan kat tepi ni Restoran Seremban Ria kalau tak silap. Konsep dia stall banyak2...so selection makanan pun banyak. Laksa Johor, Laksa Penang, Bakso, Sate Kajang,Nasi Lemak, Char Kuew Teow...macam2 ado. 
Ni kejadian hari lain. En Suami dah bising2 Pn Isteri makin lama makin tembam. Mentang2 lah dia maintain slim..Makan banyak pun slim. So dipaksa berjogginglah di Kompleks Sukan Paroi.
Oklah..dapatlah 4 round untuk permulaan. Banyak jalan dari berlari. Pancit...anak bujang duk melepak main tepon je. Alasannya kasut takde.
Jeng..jeng...punyalah nak suruh isteri bersenam...sanggup belikan kasut baru. Ehh...aku pg beli sendiri...pastu aku claim balik. Hijau tu kasut anak bujang...dah sama saiz ngan mak dah..Tapi tak dapat lagi nak rasmi kasut baru sebab cuaca tak mengizinkan. Eceh....alasan...