nuff

Wednesday, 9 March 2016

BUKIT GAMBANG - SAFARI PARK

Memandangkan semalam tak jadi masuk Safari Park, so seawal pagi dah sampai kat sini. Lagipun hari nie dah nak check out, tapi aku balik rumah Abah aku pulak.
 Hari tiket Night Jungle murah sikit sebab tak dapat masuk sampai tempat Wild Savanah. Katanya nak bagi binatang berehat.
Ehh...tengah panas pun kau boleh tidur. Singa betulll...
Depan nie ada Simba Hall...boleh makan2 sambil Singa tu tengok korang makan kat situ.
Sumber : FB BGRC
Cousins
Kat dalam Safari Park nie ada banyak bahagian. Sampai sakit2 kaki duk berjalan sana sini..tempat mmg besar. Last point naik tram pulak sebab nak masuk bahagian Wild Savanah. Boleh tengok binatang liar dari jarak dekat. Pakcik nielah yang banyak bagi input kat kitaorg.
Tengok real...nampak gagah betul si Cheetah..Seram..
Tu yang tengah menyorok tu Dubuk. Kalau biasa tengok National Geographic binatang nie memang jahat sikit. 
Tengah leka tengok binatang lain..tetiba ada binatang lain ketuk tingkap. Sori tak boleh tumpang..dah penuh.
Kat atas tu highway LPT..yang harimau kena langgar haritu. Tapi yg tu bukan yg Safari ni bela..itu semulajadi yang liar punya.
Berlapis2 pagar security kitaorang kena masuk nak tengok awak tau..tapi awak tido..
Masing2 dah penat nak jalan balik ke bawah...semua naik tram. Kena bayar RM1. Tapi tram untuk masuk ke Wild Savanah free ye.
Kecik2 bolehlah kan..esok dah besar malu pulak nak naik berdua walaupun sepupu sendiri.
Masing2 kepenatan..cuaca kat sini panas sangat, yang penting anak2 happy. Katanya masa nak keluar tu jangan kasi org tu gunting tag kat tangan sebab nanti boleh masuk petang pulak untuk tengok show binatang2. Maaflah ye nak...ibu dah penat nak ulang alik. Baik balik rumah Atuk.