nuff

Tuesday, 14 March 2017

TRIP TO PERAK & PULAU PINANG

Lepas kenduri di Seremban, maka ke Kedah pulak menghantar pengantin. Tak menghantarlah jugak sebab pengantin balik awal. Family pengantin perempuan pun bertolak hari Khamis cuma family akak dan Kak Ngah je yang bertolak lebih awal. Semuanya gara-gara takut nak mengadap jem memandangkan minggu tu orang sibuk nak balik kampung celebrate Tahun Baru Cina. So just set  nanti jumpa aje kat Kedah hari Ahad.

Hati berbunga riang sebab kononnya dapatlah check-in di Ipoh...mengimbas kembali memori zaman bercinta  memandangkan cinta kami berputik semasa sama-sama belajar kat Ipoh. Memang masing2 set kat kepala Hotel Casuarina tu kat Ipoh area Padang Polo. Tapi pusing2 tak jumpa so gigihlah akak duk menanya kat stesen minyak. So kesimpulannya Hotel Casuarina tu memang ada kat Ipoh tapi hotel yang sepatutnya akak check in tu kat Meru. Ha..ha..inilah padahnya bila yang tukang booking orang lain...

Meru ni kiranya macam bandar baru jugak. Hotel ni pulak berdekatan betul dengan Movie Animation Park Studio (MAPS). Secara jujurnya baru tahu yang MAPS ni wujud.
Sumber:Google

Movie Animation Park Studios yang terletak di Ipoh, Perak merupakan teman tema animasi yang pertama di Asia. Ia merupakan taman tema yang sesuai untuk hiburan seisi keluarga.Selain itu, Movie Animation Park Studios ini turut menawarkan 6 zon bertema dengan lebih daripada 40 tarikan dan permainan. Antara zon bertema yang disediakan adalah The Home of BoBoiBoy, Stunt Legends, Dreamworks Adventure Zone, The Smurfs, Megamind Megadrop dan Fantasy Forest Zone. Akak tak dapat nak bayangkan apa yang ada kat dalam tu, tapi tengok dari luar nampak sangat ohsem..Sila kumpul duit sebab akak survey jugak harga tiket...mahal wei macam Legoland jugak.
So menjelang Maghrib dapatlah kami check in jugak. Memang puas hati sangat sebab hotel pun baru sangat.


Penat mencari hotel terubat dapat makan Prosperity Burger. Kat area sini tempat makan pun banyak. So memang selesa sangat...jalan pun tak sesak. Boleh datang lagi next time...En Suami boleh tak kita try pergi MAPS pulak?? (He is my silent reader tau)
Ini time baik...Kalau time bergaduh tercuit sikit pun tak boleh. Last2 kena selepuk sorang baru diam.
Jarang ada hotel yang sediakan Mini Library camnie. Sempatlah akak membelek buku2 kat sini. Bila umur ni dah banyak sikit, akak suka baca pasal sejarah sesuatu tempat tu. Lebih kepada buku yang berunsurkan benda yang ilmiah bukan novel2 cinta lagi. Tapi tak sempat jugak nak review banyak sebab nak ke Penang dah pagi tu.
After a few years...datang balik ke Penang. So merasmikan jugaklah Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Memandangkan hari Jumaat, so mencari tempat makan yang paling berdekatan dengan masjid untuk Kaum Adam. 
Amboiii...lapar balik dibuatnya. Kalau pergi Penang kena pekena Nasi Kandar katanya.


 Seharian merayap,,pastu cari jeruk...pastu makan lagi. Pekena laksa pulak area Feringghi


Esoknya sewal 8.30 pagi dah terpacak kat Bukit Bendera disebabkan harga tiket sebelum pukul 9.00 pagi tak silap sis RM3.00 sahaja. Jauh lebih murah dari harga biasa iaitu RM10.00.
Pagi2 semua mata sepet je..









Breakfast di puncak bukit. Sejuk2 perut pun lapar. Tapi order air di tingkat bawah, makanan di tingkat atas. Kena hati2 jugak sebab kebanyakkan kedai buat air tu non muslim.
Sempat jugak naik buggy pusing2 Bukit Bendera nie. 
 Us


Tak lama lagi semua lebih tinggi dari Ibu. Nak buat camner spesis comel. Sempat jugak pekena Original Kayu Nasi Kandar..Aish...i is cannot layan nasi kandar hari2. Aiman pun dah mengeluh je. Sabarlah nak....layan taste Pak Ngah korang macam nielah..Esok kita ke Kedah pulakkk...

Thursday, 2 March 2017

WEDDING EKIN & NASRUL-28/1/2017 SEREMBAN

Lambat nau nak post entry sekarang kan. Akak malas nak citer panjang so kita layankan ajelah gambar2 yg ada.
Dan seperti biasa akak memilih kerja2 kerastangan jugak walaupun agak pening dengan pemilihan warna merah ungu pilihan pengantin dan mak pengantin. 
Hantaran kedua-dua belah pihak.
Majlis akad nikah diadakan pada waktu pagi dan pada hari yang sama majlis persandingan berlangsung. Memang tak banyak gambar sebab tetiba Tok Kadi naik angin...ha..ha..malas nak citer.
My beautiful bridesmaids... Sorang tetiba demam panas...Tu yang muka tak berapa nak senyum. Dress ni tempah kat Fb:Iman Sofiy Iyyas. So nak tempah boleh terus ke fb beliau. Tapi rasanya untuk tempahan raya dah tutup.



My beautiful bridesmaids... Sorang tetiba demam panas...Tu yang muka tak berapa nak senyum. Dress ni tempah kat Fb:Iman Sofiy Iyyas. So nak tempah boleh terus ke fb beliau. Tapi rasanya untuk tempahan raya dah tutup.



Susah betul nak ambik gambar yang proper bila dah ramai2 ni.



Bapa pengantin perempuan
Nenek pengantin perempuan..
Mak andam pun cakap belum pernah lagi dia buat untuk tema warna nie.

Tukang perabih lauk pengantin
Sempoi je ADUN Ampangan, YB Dato' Hj Abu Ubaidah nie..ajak makan kat meja pun taknak sebab katanya dah banyak kenduri dia pergi hari ni.

Pn Blog dan ibu mertuaku
Haish...dah kawin anak buah aku ni. 


Keluarga kecil kami..Alhamdulillah...tak ramai tapi inilah anugerah terindah buat Akak dan En Suami.