nuff

Thursday, 25 May 2017

FAREWELL LINDA & BIRTHDAY APR - JUN

Alhamdulillah..niat untuk buat makan2 lagi sebelum Ramadhan tercapai jugak. Majlis diadakan bersekali dengan jamuan perpisahan Linda yang akan bertukar ke AGNS serta meraikan ulangatahun kelahiran staff unit Akaun bagi bulan Apr - Jun. Dan juga masih mengekalkan konsep potluck dan kemahiran mengorder makanan jugak.
 Ikan keli berlada, sayur campur, tempoyak daun, sambal belacan, ikan dan telur masin beserta ulam-ulaman
 Dadih mangga, agar-agar santan pandan dan gula merah
 Ayam masak lemak cili api
 Susun jangan tak susun 
 Laksa Penang
 Donut sambal, koktail, congo bar, serimuka durian, brownies dan puding karamel
Mereka, henfon dan foto
 
 Kek tempah khas dari Rembau...Jauhnya kan..
Our Birthday..Special sikit sebab jamuan diadakan pada hari lahir Puan Blog.
Haiii En Suami bila nak belikan hadiah..Masalahnya bila En Suami tanya nak apa, tak taulah pulak..



Semoga lebih cemerlang di tempat yang baru
Acara yang dinanti2kan. Cabutan bertuah..





 Geng botol air
 Seperti biasa, acara yang dinanti2kan..Makan berjemaah..

Second round...lapar balik bila tengok lauk nie

Buat Linda, semoga lebih sukses di tempat baru setelah hampir 8 tahun berkhidmat di Unit Akaun, JPNS. Ofis baru, suasana baru, semangat baru, kawan2 baru..inshaAllah semoga dipermudahkan segalanya. Ampun dan maaf juga atas segala2nya. 

Yang menyambut hari lahir, semoga dikurniakan umur yang berkat, rezeki yang melimpah ruah, kesihatan yang berpanjangan dan kebahagiaan dunia akhirat. Amin

Salam Ramadhan 1438H

Friday, 19 May 2017

JALAN2 KE MITSUI OUTLET PARK

Baca tajuk pun dah pening kan belum lagi baca entry..Ok ini pun kejadian lama jugak..Selalu kalau nak naik flight mesti ternampak Mitsui Outlet Park ni...so setiap kali nampak memang aku dan En Suami cakap nanti kita singgahlah...So kebetulan hari tu cuti memang nak bawak anak2 berjalan. Faham2lah kat Seremban ni apa yang ada je pun..So kesinilah kami akhirnya...itupun macam konpius2 jugak dengan location Mitsui...tapi alhamdulillah sampai jugak..


Yeay...sampai jugak..
Hasil carian imej untuk mitsui kl
Sumber:Google
Hasil carian imej untuk mitsui kl
Sumber:Google

Misi kali ni memang lebih nak mencari barang En Suamilah..Kebetulan masa pergi ni memang tengah offer. So memang puashati sangat sebab Levi's kat sini yang harga 200++ semuanya ada less sampai boleh dapat 100++ sehelai. So memang agak rambang mata jugaklah En Suami memilih. Faham2 ajelah orang lelaki yg jarang membeli ni...sekali membeli memang jenuh jugak duk menunggu dia memilih. Kejap duduk...kejap berdiri...
Penat dia duk mengikut...alih2 suruh belanja aiskrim sambil tolong jaga barang. Masa ni si bujang tengah memilih kasut...so mak dia kena ikut sekali sebab nanti dia ketuk ayah dia yang mahal2 je. Kot dia pandai jaga barang takpelah...Ha..ha...nampak sangat 'kede' Ibu kau nie..
Outlet2 yang ada banyak lebih kepada barangan lelaki...Memandangkan aku pun tak target nak beli apa maka ke kedai coklatlah nampaknya. Balik2 rumah rasa menyesal jugak sebab beli coklat sikit sangat. Sedap pulak tuhhh...
Sempat jugak singgah foodcourt kat sini. Seriusly aku ngan En Suami ni ada satu tabiat yang sama. Setiap kali kitaorg pergi foodcourt benda pertama yang kita org tengok ialah penyedia makanan..pastu tengok nama kedai..kadang2 kat foodcourt ni pekerjanya org Indon tapi tokey cina...Faham2lah bab makan minum nie...tak mau ada rasa was2..

Sorang makin gebu..sorang makin slim..
Senyum lebar masing2 dah dapat habuan yer..Ibu kau je tak berapa nak senyum sebab belum dapat 'ketuk' ayah korang. Standby ya En Suami...


















Wednesday, 17 May 2017

ALIF SYAHMI 7TH BIRTHDAY

Excited betul anak buah yang sorang  nie. Sebulan sebelum birthday dah asik duk mention pasal birthday dia. Pastu pandai pulak request nak buat 2 kali. Kat sekolah dan kat MCD...sebab katanya adik dia dulu pun buat kat MCD jugak.


Sempat jugak diajaknya kawan2 sekolah. Tapi ramai yang tak dapat datang sebab masa tu cuti panjang. 

 Kebetulan Mak Lang datang dari Melaka nak melawat Abah..Langkah kananlah..
 Parents classmate Syahmi
 Tetamu jauh...dari Melaka jugak










 Keriangan betul...katanya yang sebelah tu awek dia


 Macam biasa lepas makan...mesti ada gameskan
 Tapi kali nie tak best sangat. Dulu ada 2 staff Mcd yang duk handle games. Meriah sikit..
 Eh..lebarnya muka..dah macam burger bigmac
 Geng orang bujang
  Games lagi...nampak tak parents yang lagi excited
 Anak bujang tetiba demam pulak..Pastu boleh pulak tangan tersepit pintu. Terus spoil mood..
 Kakak dan abang yang berusaha keras bagi memastikan adik kesayangan berjaya menyelesaikan task

Ok,,your turn lambat lagi. Nanti kita buat kat rumah jelah.