nuff

Friday, 28 July 2017

AIDILFITRI 2017

Raya dah habis lama baru nak hupload entry..Actually banyak perkara yang berlaku dan tak dijangka berlaku dalam bulan Syawal tahun ini..Nanti aku citer next2 entry. Nak diikutkan tahun ni giliran beraya kat Seremban tapi tetiba En Suami ajak balik Kuantan. Maka tersenyum lebarlah sambil mengemas baju2 dan barang2 yang nak dibawak. Terkejut jugak famili kat Kuantan sebab aku kata beraya kat Seremban dulu..Raya kat mana ni sebenarnya sama je...tapi bila emak dah tak ada ni rasanya kenalah amik tanggungjawab jugak sediakan apa yang patut di hari raya. Terima kasih En Suami...sebab faham dengan situasi saya.
Akhirnya kami sedondon di pagi raya

 Hampir lengkap..Famili Abg Long petangnya baru sampai
 Amboii..En Suami...riang sungguh nampaknya..


Tahun ni dapat beraya dengan Saheizy Seng...tahun lepas dia bertugas di hari raya. Doakan yang baik2 untuk adik2 saya...terutama buat adikku sayang yang bakal melangkah ke fasa yang lebih baik. Alhamdulillah...

 Raya ke 3 baru keluar beraya sebab raya ke 2 ada yang sakit perut. Aku syak makan rendang kot sebab santan yang beli tu tak berapa cantik..I is terselamat sebab tak makan sangat. 
  Lengkap juga Mustafa's Clan di hari raya ke 3. Senyum lebar Abah tengok semua anak, menantu dan cucu ada depan mata.

 Alhamdulillah...raya pada aku lebih kepada penyatuan kembali adik-beradik setelah masing2 sibuk bekerja sepanjang tahun. Masa nielah nak berborak panjang, kutuk-mengutuk, berebut2 bilik air, berebut2 makan...tidur berhimpit..yang paling penting dapat happykan Abah..
Akhir kata dari Pn Blog dan En Suami..Sori sangat sebab tak sempat nak raikan kawan2, jiran2 dan yang seangkatan dengannya. Memang dah plan nak buat open house tapi perancangan Allah SWT itu lebih baik dan di luar kawalan kita. Tanggal 18 Jul 2017 bersamaan 24 Syawal bapa mertua saya telah kembali ke pangkuan Penciptanya..Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh...Amin..Amin..Ya Rabbal Alamin..

Thursday, 13 July 2017

TEMA RAYA ARNIE's FAMILY

Apa warna tema baju raya korang tahun nie?? Selepas 2 tahun mengalami krisis warna akhirnya tahun ni barulah kami anak beranak berpakaian sedondon dalam erti kata sebenarnya. Walaupun terpaksa ikut jugak kaler pilihan En Suami. Apa taknya tahun lepas 2 pasang baju melayu terus dia tempah itupun sebab kain2 tu dah beli kat Bandung sebelum ini. Dan yang paling happy tentulah Syira sebab akhirnya 'terselamat' dari memakai warna biru, biru dan biru lagi.

Aku tak gigih nak scan balik gambar2 lama so inilah aje pic yang dapat dicari balik sebab masa ni semua dah pakai kamera digital kan..

2008
Tragedi pagi raya...gosok seluar anak bujang sekali terus terbakar. Sebab feel ibunya pagi2 baru nak sembat seluar anak...baru nak gosok baju.. Nasib belah dalam tak nampak sangat. Anak bujang ni sejenis yang tak kisah pulak. Fuhhh...yang tak selamatnya kena dengar bebelan En Suami di pagi raya.

2009
Boleh senyum lagi...
Sindrom mak2 memang macam aku jugak ke...Selagi gambar tak perfect selagi tulah duk pulun amik gambar. Maka anak2 pun dah rimas sebab tak abis2 nak kena senyum...maka macam2 ekspresi muka yang jadi. Sebenarnya sibuk nak pergi beraya..

2010
Yang ni pun tak cukup korum jugak. Entah kemana anak dara ni merayap.
Ehh...ada je anak dara tu kan...

2011
Seminggu sebelum raya, mata En Suami naik ketimbit. Terus orang tu hilang mood nak beraya. Baju raya pun tak nak beli..Recycle je baju masa nikah.



Comel je muka masing2..rasa nak picit2 je

2012
Tahun ni tak tau mana gambarnya sebab suruh adik yang amik gambar..tapi sampai sekarang tak dapat2..Nasib baik anak2 sempat bergambar ngan sepupu2 nya petang raya tu. Masing2 muka dah berlengas dah. So taulah yang tema tahun tu warna adalah kelabu/grey.

 Ehh...terjumpa pulak gambar ni..tapi gegar sebab tukang ambik gambar sibuk nak pergi beraya

2013

Tahun ni tak eksited sangat nak raya sebab akak pregnant. Mabuk teruk...sesuailah dengan tema warna hitam.  En Suami recycle je baju melayu masa dia konvo dulu...tahun 2002..Nampak sangat badan maintain je...Tapi 3 hari sebelum raya..akak operation sebab kandungan luar rahim..Hari mantai baru keluar dari hospital. So ootd akak masa rasa ialah kain batik n tshirt ajelah..

2014
Last minit cari baju yang dah siap jee...Suruh En Suami yang pilih dulu...Maka tentulah warna pilihan beliau ialah BIRU.
Kitaorg okey jeee...janji bos bayar

2015
Last minit baru nak cari baju..memang malas sangatlah...So pakai je apa yg dah tempah dulu.

2016
Sama jugak tahun ni pun tak sedondon...

2017
 Tahun ni awal2 dah pau En Suami beli kain...tapi bila kita pilih, dia pulak nak warna yang betul2 sama pulak. Maka peninglah jugak nak melayannya. Anak dara tersenyum lebar dapat pakai kaler ala2 rose purple. Nasib anak bujang pun redha.

So tahun depan anak dara cakap dia pulak nak pilih kaler...Ibu ok jeee...janji boss bayarkan. Tq sayang...luv u ketat2..