nuff

Tuesday, 15 August 2017

SURAT UNTUK ABAH..

Dah hampir sebulan Abah (Mertua) pergi. Masih tak percaya yang Abah dah pergi untuk selama2nya. Bila diingat2 balik malam semasa Abah sesak nafas tu..Terbayang2 depan mata malam tu keadaan Abah masa dalam kereta. Mengaduh2 dan berpeluh2 menahan kesakitan. Sempat jugak Aiman urut2 belakang Abah. Abah marah2 sebab Abah dah tak tahan sakit. Hati rasa lain macam sangat tengok keadaan Abah malam tu.

Pukul 5.00 pagi En Suami call. Rasa lega sikit sebab sebelum ini 2 kali jugak Abah sesak nafas sebab alergik ubat tapi lepas tu Abah ok. Selalunya kul 4 pagi Abah dah naik ke wad. Tapi hari tu lain..En Suami cakap Abah still kat zon merah sebab keadaan Abah tak stabil. Doc masih duk pantau Abah sebab  keadaan Abah lemah. En Suami suruh uruskan anak2 sekolah dan keja sendiri sebab dia tak dapat nak balik.

Pukul 10 lebih, En Suami bagitau Doc nak tidokan Abah. Jantung Abah lemah dan tak dapat mengepam sendiri. Patutlah Abah susah nak bernafas..Rupa2nya paru2 Abah dah dimasuki air. Doc nak sedut air dalam paru2 Abah. Tak sangka pulak keadaan Abah macam tu. Sebab semalam Abah sendiri masuk berjalan ke zon merah. Tak sempat pun orang nak papah. Abah kan selalunya kuat...Kenapa kali ini Abah mengalah...

Pukul 3 En Suami call. Hampir tak kedengaran suara anak lelaki Abah. Abah mungkin dah tak ada katanya. Doc tengah buat cpr. Ya Allah...Dua kali Doc cuba..tapi lepas tu Angah meluru masuk suruh Doc stop. Mak tak izinkan..tak mahu Abah rasa lebih sakit dan terseksa. Cepat betul Abah pergi...Padahal Mak, anak2 Abah dan adik2 Abah baru je turun untuk solat Zohor lepas tengok Abah dah stabil sikit. Hanya En Suami je yang ada di sisi Abah masa Abah pergi. Dan hanya En Suami yang dapat bercakap dengan Abah buat kali terakhir pukul 5 pagi tu. Dan yang pasti anak lelaki Abah tu akan ingat sampai bila kata2 terakhir Abah..."Din...Abah haus"...

Cucu2 Abah semuanya menangis Abah, sampai orang sekeliling tertanya2 siapa yang meninggal. Dari lif sampai ke bilik mayat mereka mengiringi Abah dengan tangisan. Abah memang Atuk yang garang...tegas..tapi dalam garang dan tegas Abah semuanya bersebab. Abah nak anak2 dan cucu2 Abah berilmu dan berjaya dalam hidup. Abah dulu pernah susah...Dalam 1 hari macam2 kerja Abah buat. Abah taknak anak2 cucu2 Abah alami nasib yang sama  macam Abah.

Alhamdulillah...Allah permudahkan segala urusan Abah. Nida tunggu Abah kat rumah je. Uruskan apa yang patut. Lagipun kat rumah tu tengah bersepah, memandangkan tengah renovation. Tak sangka itu hajat terakhir Abah. Nak repair rumah..nak repair bumbung..Abah cakap nanti kalau Abah takde taklah Mak basah kalau hujan. Nak buat bilik kat depan..Nanti kalau anak cucu datang Abah dan Mak boleh intai je dari tingkap bilik. Abah cakap Abah pun nak rumah yang cantik jugak. Memang pelik jugak sebab sebelum ni Abah memang susah nak keluar duit. Selagi boleh buat sendiri memang Abah akan buat sendiri je. Abah bukan kedekut tapi berjimat cermat. Sebab Abah tau susahnya nak cari duit. Sebab tu jugak kalau kami boros..Abah bising2..bising Abah semuanya bersebab.

Ramainya orang yang datang melawat Abah untuk kali terakhir. Dari mula sampai selesai semuanya Allah pemudahkan. Beruntungnya Abah..Tak dapat Nida nak tahan airmata ni Abah. Nak2 bila Mak peluk dan cakap 'Abah kau dah  takde'. Ramai jiran2 dan kawan2 Abah yang datang dan tak percaya yang Abah dah takde. Kalau diaorg pun sukar nak terima berita kematian Abah, apalagi Mak, anak menantu dan cucu Abah. Alhamdulillah...masa Abah sakit2 kaki sebelum ini dapat jugak Nida tengok2kan Abah. Dalam banyak2 anak menantu Abah pilih nak tidur rumah kami. Terima kasih Abah sebab nak bagi kami pahala percuma. Abah memang macam tu. Susah nak datang rumah anak2 kecuali ada hal@hari raya. Tapi memang tahun ni keadaan kesihatan Abah merosot sikit. Dalam tak sihat2 Abah sempat jugak habiskan puasa 6 walaupun kitaorg marah2 sebab gastrik Abah makin teruk. Tak sangka Ramadhan ni..Ramadhan terakhir Abah. 

Tak sangka jugak Syawal kali ni Syawal terakhir Abah. Hati makin sayu bila dapat video Abah bertakbir masa raya hari tu. Banyak perubahan Abah sebelum Abah pergi cuma kami je yang tak perasan. Tahun ni sempat bawak Abah dan Mak berbuka sama2 kat luar. Selalunya Abah tak pernah nak ikut. Tahun ni jugak beberapa kali jugak teman Abah dan Mak berbuka kat rumah. Abah siap2 rendam daging nak suruh Nida masak black pepper. Tapi Abah makan sikit je sebab gastrik Abah buat Abah tak lalu nak makan apa pun. Sedih tengok Abah tak berselera nak makan. Raya kali ni pun Abah sempat beraya semua rumah adik-beradik Abah. Abah cakap asik sakit2 aje tak taulah raya tahun depan dapat datang tak. Seminggu sebelum Abah pergi mmg hati tu rasa lain je. Hari2 nak singgah rumah Mak Abah. Kadang2 tak berborak pun sebab Abah sibuk je dengan kerja2 Abah. Tapi memang Abah nampak penat jee..

Sampai hari ni Mak masih bersedih. Mak cakap Abah pesan kalau Abah takde nanti pangkulah dia sekejap. Kesian Mak...dia cakap tak dapat nak pangku Abah sebab Abah pergi masa Mak takde di sisi. Mak cerita lagi..Abah cakap kalau boleh biarlah Abah yang pergi dulu sebab Abah tak boleh hidup kalau Mak takde. Pecah tangisan anak2 Abah bila dengar Mak cerita macam tu. Nida pun tak terkecuali Abah. Tak dapat kami nak tahan rasa sebak di hati ini.
Terngiang2 kat telinga ni Abah telefon masa puasa hari tu. 'Ida...Mak tanya mana kau beli cadar kartun macam kat rumah kau tu. Mahal tak??' Sweet je Abah kan...sebab tu Mak terasa sangat bila Abah dah tak ada. Apa yang mak nak mesti Abah nak tunaikan..Abah jangan risau...nanti Nida belikan untuk Mak. 

Sekarang pun kami tengah tunaikan hasrat terakhir Abah. Rumah Abah dah 80% cantik dah. Atap yang bocor pun dah ganti yang baru. Bilik depan pun dah nak siap. Mak cakap kalau Abah ada mesti Abah happy tengok rumah dah cantik. Tapi Abah...Nida tau rumah Abah kat sana lagi cantikkan. Lagi selesakan...Allah sayang orang yang baik macam Abah sebab tu Allah amik Abah dulu. Abah jangan risau pasal Mak , kami memang tak dapat nak gantikan tempat Abah. Siapa pun tak dapat nak ganti tempat Abah di sisi Mak. Tapi kami akan cuba senangkan hati Mak...gembirakan hati Mak..Semoga anak2 Abah bersatu hati dan sama2 menjaga kebajikan Abah. 

Abah...Nida minta maaf banyak2 andai sepanjang jadi menantu Abah ni ada kata2, tingkahlaku dan perbuatan yang tak menyenangkan di mata dan hati Abah. Terima kasih kerana menerima Nida seadanya. Walaupun  dulu Abah marah2 sebab cakap Nida tak tau masak. Nida pun tak ambil hati Abah marah2..tegur2 Nida dulu.  Abah selalu tunggu bila raya Nida buat kek buah kukus. Tahun ni memang tak sempat nak buat sebab penat sikit walaupun semua bahan2 dah beli. Tak sangka tak sempat nak bagi Abah rasa. Walaupun rasa bagaikan bermimpi yang Abah dah takde, kami semua pasrah dan redha dengan ketentuanNYa. Bersemadilah dengan aman Abah...Semoga Abah ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman, beramal soleh dan dikasihiNYA. Amin...Al Fatihah buat Abah , Tuan Haji Isa bin Haji Mohd Ali serta tak lupa buat bonda tercinta Pn Che Sarifah Binti Che Abdullah.

18 Julai 2017/24 Syawal 1436H


Syawal terakhir Abah.. Memang susah nak tengok Abah senyum kalau amik gambar.

Sweet je bila Abah tersenyum