nuff

Monday, 30 April 2018

MAJLIS PERTUNANGAN AZLIZAWATI & MOHD AZRUL

Bila tetiba adik cakap ada kawan lelaki dan plan nak bertunang, kakak rasa happy dan curious jugak. Tetiba je kan...mau kakak tak terkejut. Pandainya simpan rahsia. Katanya ada berkawan dengan 2,3 orang tapi yang ni paling serius ke arah membina masjid. Kakak okey je...bujang ke duda ke..kakak tak mau ambik tau. Janji bukan suami orang dan yang paling penting jangan bina bahagia atas penderitaan orang lain. Benda yang baik tak elok ditangguh2kan..Maka sepakatlah pilih tarikh 9/9/2017 untuk majlis tersebut.
Ingat nak buat simple2 je tapi anak2 buah yang request nak pelamin bagai
Sehari sebelum majlis baru cari baju. Baju mak andam sediakan sarat sangat dah macam nak kahwin.
Dimulai dengan aktiviti membungkus goodies pada malam sebelum kejadian
Sebelum majlis buat tahlil arwah sikit dengan orang masjid. Kalau arwah ada mesti lagi meriah dan macam2 nak dimasaknya. Kami ambik katering je untuk majlis nie
Hantaran tempah je sebab kakak tak sempat nak balik awal buat apa yang patut. Lagipun murah tempah kat adik ni. Boleh follow ig dia kedai_buruk







Perbincangan paling mudah dan ringkas. Taulah Abah aku semuanya okey..kalau ada apa2 perubahan nanti pihak kami akan maklumkan pihak yang sana. Tau2 nak sarung cincin dah.

Pandai adik kakak dimintaknya 2 cincin terus..Merisik dan bertunang..Semuanya dia yang settlekan sendiri. Bab cincin, hantaran, katering, mak andam..ehh semuanyalah dia buat.




Ni je mak saudara yang terdekat yang dapat datang.sebenarnya tak jemput ramai sangat.. Alhamdulillah ...ada jugak jadi penasihat sebab apa pun kami tak tau nak buat. Apalagi bab nak menyambut orang ni. Aku tolak kakak ipar aku...kakak ipar aku tolak aku..Mau tak haru.


Kami 5 beradik je

Belah pihak lelaki..tak ramai..Almaklumlah jauh kan..
Bergambar je kerjanya
 

Team Girls
Team Boys
Anak2 buah yang kuat mengepau makcik. Pasni takde canlah korang...
Hajat Abah hampir termakbul. InshaaAllah
Keluarga kecil kami tak sempurna tapi alhamdulilah membahagiakan . Kata orang 'air dicincang takkan putus'. Walaupun kadang kala tak sependapat tapi tulah orang2 tua cakap kalau tak bergaduh bukan adik beradik namanya..Sebenarnya adik kakak dah selamat pun bernikah.. kakak je yang lambat post sebab orang kata zaman bertunang banyak dugaannya. Tu yang dah settle semuanya baru kakak upload story. Tunggu next entry tau...Katanya dah ramai yang rindukan kakak kan.