nuff

Thursday, 12 July 2018

40TH BIRTHDAY EN SUAMI

Birthday En Suami hari tu jatuh pada majlis resepsi adik 14 April 2018. Dah pakat dengan En DJ kengkonon nak buat surprise on that day. Tetiba masa En DJ tu bertanya beliau berada di tempat kejadian. Terus kena warning jangan nak buat hal...Ehhh..baru kita tau En Suami memang tak surprise2 nie..kalau kita suka je. So postponedlah dulu nak celebrate sebab masing2 kepenatan penangan kenduri. Tunggu balik Serembanlah nampaknya. Ni pun dah lewat juga celebrate sebab jadual anak2 semua pack dengan tuisyen. 
Finally dan macam biasa beli 1slice je nanti tak habis

Selamat Hari Lahir En Suami Yang ke 40. Semoga dikurniakan umur yang berkat, rezeki yang melimpah ruah, kesihatan yang berkekalan serta kebahagian dunia dan akhirat. Ya Allah, redhailah dan rahmatilah serta permudahkanlah setiap langkahnya serta segala pengorbanannya untuk membahagiakanku dan anak2..Ya Allah jadikanlah kami suami isteri yang saling mencintai di kala dekat dan jauh...Menyayangi di kala susah dan senang ..Saling mengasihi dan menyintai di dalam suka dan duka. Semoga ikatan kasih sayang ini sentiasa dipayungi rahmatMu Ya Allah..Amin...


Tercapai hajat kakak. Rasa bersalah je selagi tak celebrate sebab bila time birthday kakak atau anak2 dialah yang paling excited nak beli kek bagai..
Kecik2 dulu rajin buat kad birthday...dah besar ni nak suruh nyanyi lagu birthday pun malu. Tapi kalau bergaduh dan bertekak depan orang tak malu pulak

Aiman
En Suami
Pn Blog
Syira
Keluarga kecil kami
 Ni kejadian sebelumnya. Selalu kalau kakak tanya nak apa. Dia cakap tak nak apa2 Katanya cukuplah cinta, dan kasih sayang kakak kepadanya. Itu jangan risau, setakat ini cinta, kasih dan sayang saya memang hanya untuk awak..InshaaAllah..
Bagi dia puas hati pilih sendiri. Kakak cuma bagitau berapa bajet kakak..kalau lebih tambah sendiri. Rasanya kalau beli emas dapat jugak 8-9 gram kot. Last2 kakak pun dapat hadiah birthday in advance jugak. Tapi rasa kejam jugak sebab alang2 dah suruh pilih mestilah kakak piih yang mahal kan. Siap request nak seutas lagi warna rose gold. Ni semua silap auntie tu racun emosi kakak suruh ambik dua terus. Tapi takpelah kan.. En Suami cakap dia kerja selama ini memang untuk isteri dan anak2. Besar pahalanya berkongsi rezeki dan menggembirakan hati isteri...Alhamdulillah...