nuff

Tuesday, 10 July 2018

BTN LANGKAWI

Kursus BTN kat Langkawi ni sebenarnya dah lama. 25 hingga 29 Mac aritu. Biasalah kakak kan. Alasan busy memanjang. Mula2 cuak jugak nak naik bas lama2 ni tapi memandangkan lokasi kursus tu agak menarik dan kerana ajakan kawan2 maka kakak akur juga. Kakak memanglah seronok dapat 'ME TIME' dengan kawan2...tapi orang yang kena tinggal tulah. Bas baru masuk tol dah wassap, telefon. Rindu katanya..kakak dah faham sangat dengan perangai En Suami nie. Bila kita ada dia dia busy memanjang...bila kita takde depan mata angau dia lain macam..Alhamdulillah subuh kami sampai kat Jeti Kuala Perlis dan sempatlah solat Subuh kat Masjid Al Hussain. Seriusly pening dan sakit2 badan jugak sebab tak boleh nak lelap sangat dalam bas. Rasanya dah lama sangat kot tak naik bas.

 
Biasalah perempuan dan aktiviti bergambar dulu sebelum sarapan dan naik feri. Kakak cuak jugak nak naik feri sebab 1st time. Siap beli ubat takut mabuk laut...Selalu pergi naik flight tau2 je dah sampai kan. Nervous pun ada..orang lain siap gelak2 layan filem Tamil..kakak kejap2 minum air..kejap2 pejam mata. Aduhai terasa lama betul nak nampak daratan.
Us 
Pening En Suami tengok kakak packing barang. Kejap2 pakai beg galas...kejap2 ambik beg troli. Mau tak nak packing baju untuk 5 hari kan. Kejap2 wasap member tanya ada iron tak kat sana. I is cannot kalau takde iron..nasib member ada bawakk . 

Finally dah sampai..walaupun kepala2 pening lalat kesan dari ubat mabuk namun kursus tetap kena on kan...
Kata orang kursus BTN ni santai2 je. Ni second time kakak pergi. Banyak buat aktiviti berbanding dengar ceramah. Kalau ceramah ada pun time solat Maghrib dan Subuh.


Suasana di dewan makan. Alhamdulillah makanan sedap2 ...6 kali sehari. tapi kalau dah namanya perempuan kan. Dah kenyang pun kadang menyinggah kedai juga. Rasa macam bersalah je kalau tak laburkan duit kat kedai.
Lepas makan tray dan cawan kena basuh, lap dan susun. 





Kat dewan nielah bnyk aktiviti yang kami buat. Dari pagi sampai tengah malam. Jadual memang pack sangat. Nak menangis pun ada. Nasib letak kepala kat bantal terus je tido. Tak payah nak fikir2...kang kalau lewat2 tidur mau nak pergi bilik air berkali2. Bilik air dahlah kat luar kan. Mau tak seram dikelilingi hutan je.
Second last day..dapat pelepasan pergi buat aktiviti bebas. Apalagi masing2 terus cari kereta sewa untuk aktiviti seterusnya.

Apa nama tempat ni eh...Beras Terbakar rasanya. Kalau bukan sebab member nak cari kain batik tak sampai kot kat sini. Katanya kedai kat area sini murah. Kakak follow aje.



Kawan kakak teringin nak pergi Makam Mahsuri. Terpaksalah bawak takut kempunankan. Tapi bila sampai sana je tak kuasa rasanya nak turun dari kereta dengan cuaca panasnya walaupun kawan kakak ni merengek nak turun. Untuk memuaskan hatinya kakak amik jugak gambar ni menandakan yang kami dah sampai ke Makam Mahsuri. Ehh dulu kakak pergi parking free je sekarang semua nak bayar.
Bila semua benda kena ambik gambar dulu, ginilah jadinya. Makan passembor depan HIG Mall yang baru tu. Org lain semua duk update pergi makan Laksa Sekoq. Takpelah dah pernah. Masa pack sangat kot tapi sempat hantar baju kedai dobi dulu. Senang nanti angkut bawak baju bersih je.
Jalan dulu jap lagi kakak sampai.
Dinner. Masing2 nak mencari seafood. Kebetulan hari tu birthday Emmy. Happy Birthday again Emmy...




Hasil tangkapan kami hari tu. Kakak berjaya jugak tangkap 1 kuali. 2 set mug dan tray buah. Pastu pening nak packing barang takut mug pecah. Penyudahnya hand carry jelah. 3,4 kali tawaf tempt mug tu sebab was2 nak beli ke idok...
Muka kegirangan sebab dah nak balik

Dah nak balik muka ceria je masing2. Nak balik tu tak sempat nak mabuk sebab tangan ni tak dapat lekang dari telefon. Dengar cerita orang kat Seremban dah rindu teruk. Dah lama tak kena tinggal sebenarnya tu.


Tunggu bas untuk ke destinasi seterusnya Padang Besar
Sebelum aktiviti shopping di Padang Besar  isi perut dulu
Kawan kakak dari Langkawi lagi teringin nak  makan durian. Order terus pulut durian. Dah kenyang sambung aktiviti bershopping dan alhamdulillah pukul 10.30 malam sampai ke Seremban dan kembali ke pangkuan yang tersayang. Aucchh....sesekali kena tinggal tu rindu dendam lain macam je kan. Pastu kembali pulang ke pangkuan yang tersayang pulak Malam Jumaat...Faham2 jelah...