nuff

Friday, 27 July 2018

PUASA & RAYA 2018

Alhamdulillah...puasa kali nie memang kat rumah Mak je. Memang tak pening kepala langsung nak fikir nak masak apa. Tapi takdelah lepas tangan jugak. No..no..no...kakak bukan yang jenis yang suka ambik kesempatan terhadap orang lain ehhh..Jangan cakap yang bukan2 ehhh,  i menantu kesayangan ok....Bukan kakak cakap tapi Mak sendiri yang cakap kat En Suami. Mak memang akan masak lauk2 je. So kakak dengan biraslah, Mira yang akan settlekan bab2 lain sampailah bab mengemas lepas habis waktu berbuka dan bersahur. Kata orang give and take sebab kakak pun faham Mira ada baby. Tapi bab bangun sahur kakak selalu kalah jugak, sebab dia selalu bangun dulu. Tu yang bila sekali balik rumah sendiri terbabas terus sahur. Memandangkan En Suami ada kerja di KL bulan puasa nie,  memang susahlah sikit nak ajak dia berbuka kat luar. Sampai satu hari tu tinggal kami berdua je yang berbuka kat rumah. Yang lain semua berbuka kat luar termasuk anak2. Sentap jugak...sebab kita ni dah penat hari2 mengadap dapur..tapi dia suruh jugak kita masak simple2 je. Oklah kita fahamm...dia memang penat...
Masakan simple kakak pada hari kejadian. Suami kakak memang dah terjebak eh dengan budu ni. Kuih beli je.
Ini je yang sempat masak kat rumah sendiri. Kami 3 beranak boleh je makan lauk macam nie. Tapi kesian kat Aiman mesti dia terkulat2 nak makan kalau takde lauk dia. Bukan kata dia tak makan ikan..makan juga tapi kalau masak sambal ke, asam pedas ke, 3 rasa ke...memang dia layan jugak. Memang agak mengagumkan jugak kali ni kakak tak jejak langsung ke bazar Ramadhan. Takde kesempatan. Memandangkan bulan puasa jadual mmg pack, so minggu last puasa memang ambik cuti panjang sekali dengan raya. Baru nak mencari keperluan raya.
Check in kat Sunway Putra, memandangkan buffer Ramadhan dah stop sebab ada grup besar dari Singapura masuk, so pandai2lah cari tempat untuk berbuka. Nasib mall ada kat sebelah je. Itupun semua tempat kebanyakkan dah fully booked kecuali Nando's sebab masa tu Mood Republik tengah hangat kat PWTC. So orang memang tengah ramailah masa tu.
First time try. Tak berapa nak kenyang jugak dibuatnya. Malam En Suami pergi beli nasi lemak kelab. Gigih dia berjalan dari hotel..kalau naik kereta tak tau pukul berapa sampai sebab jem gila penangan Mood Republik..Sempatlah 2 kali kakak pergi Mood Republik tu..tak beli apa pun sangat..Cuma layan Syira seronok dapat tengok artis secara dekat.
Kat sana hari2 akak cari tat ni, apalagi bila tau ada perisa durian.


Mata masing2 sembap. Syok kan bila puasa dapat tido, pastu beraircond pulak...Itupun anak2 kejut dah pukul 7. Dua2 kena marah sebab leka main fon sampai lupa nak kejut mak bapak ehh..
Hari kedua berbuka kat Berjaya Times Square Hotel. Aktiviti pagi sampai tengahari dihabiskan kat Sogo dan Jalan TAR. Lepas berbuka sambung aktiviti membeli kat Berjaya. Kakak suka beli blouse, aksesori kat sini sebab murah2.



Bila dah terlampau banyak pilihan, kenkadang tak tau nak makan apa. Memandangkan dah slim sikit, memang jaga jugak makan..Kadang2 terbabas jugak.
Kan dah terbabas..
Hari ke 3, seawal pagi dah book untuk berbuka kat The Chicken Rice Shop. First customer pulak tu. Sebab misi lepas tu nak Kenanga pulak nak bawak Mak. Susah jugak bila check in hotel lain2. Kena jemput dia kat hotel dulu barulah kakak naik Grab bawak Mak Dan besannya bershopping kat Kenanga.
Kan dah cakap, tat tu wajib ada..sebab tak tahan bau ehh masa tengah bakar. Dah tu depan mata pulak. Kang kalau tak beli teringat2 pulak.
Sebelum berbuka dia request nak beli coklat katanya pakai duit sendiri. Kalau tak cukup Ibu kena tambah...Aduh kesian pulak mendengarnya. Tapi rasanya macam ada muslihat je ni. Patutlah  suruh tambah , harga coklat tu je RM37.90. Sekali tengok nampak macam biasa je...tak taulah apa yang menarik sangat.
Banyak2 benda ini je yang Ibu kau berkenan. Berbaloilah dengan harga dan tempat.
Katanya kegilaan remaja zaman kini. Kemeja batik/bunga2 ala2 Masdor
Kalau bapak ehh start memilih barang, memang kena cari tempat duduk. Tq adik2 kakak..dah rasmi pun beg yang korang bagi.
Layan movie lagi..Sambung check in 1 hari lagi sampai receiptionist tu tanya confirm ke nak sambung 1 hari je..Dah habis shopping ke?? Cukuplah kot. Sebab misi last nak pergi Sogo sekali lagi, kengkonon nak cari perfume. Memang hari tu saja check out pukul 6. Beli roti dan air, pastu berbuka kat dalam kereta je.. Lepas tu singggah R&R Temerloh sebab nak makan ikan patin masak tempoyak. 
Sebenarnya patin yang sedap kedai dia yang menghala ke KL...takpelah janji ado kan.
Akhirnya hari yang ditunggu pun tiba...Rutin pagi raya biasanya semua famili mesti sama kan. Kakak dah bersalaman ngan En Suami kat dalam bilik sebab banyak benda salah  nak mengaku masa nie kan. Tapi kakak tau En Suami sentiasa maafkan kesalahan kakak. Cuma hati perempuan ni lain sikit, walau kat mulut dia cakap maafkan tapi dalam hati pasti ada jugak dia simpan sikit2. Korang macam tu jugak ke??
Nie memang banyak drama. Gelak je lebih..
Tapi nak duit raya banyak..


Dan seperti biasa sesi bergambar. Tapi korum tak cukup. 



Single n available..Paksu ehh..
Bila ajak  Abah berselfie...In shaa Allah Abah, tiap2 tahun kakak wajib balik beraya dengan Abah. Tq so much En Suami sebab faham.
Anak bujang
Anak dara
Pagi2 buat kuah laksa..Malam2 baru rebus laksa..
Oklah tu makan sambil layan bola kan. Tak payah lepak kedai mamak.
Ini kes bila mak bapak dah tido tapi anak masih kelaparan. Dan seperti makcik selalu jadi penyelamat keadaan.
Tahun ni birthday kakak dan anak bujang dalam bulan puasa. Gigih beli kek hari mantai tapi raya ke 2 baru sempat nak potong. Itupun sebab sepupu sepapat semua nak makan kek. Dah besar2 ni tak heran dia nak potong2 kek ni.
Selamat Hari Lahir ke 15 tahun Abang. Ibu dan ayah sentiasa mendoakan yang terbaik dan sentiasa berusaha memberi yang terbaik untuk anak2 semua. Semoga dikurniakan kesihatan, kejayaan dan kebahagian yang berkekalan dunia dan akhirat

Akhir kata dari kakak dan En Suami, sorilah tak sempat nak buat makan2 untuk kawan2, jiran2 dan saudara mara tahun nie. Semua yang berlaku adalah di luar kawalan kakak. InshaaAllah ada kesempatan kakak akan buat jugak makan2 sebab dah niat kan. Masih mencari tarikh dan masa yang sesuai..tunggu tau...