nuff

Tuesday, 26 February 2019

BUKIT PANORAMA, SG LEMBING

Saja je balik kampung kali nie plan nak naik Bukit Panorama. Sesekali berkumpul tu, buat aktiviti bersama keluarga kan. Kalau tak bebudak nie susah bebeno nak bangun pagi. Makan, minum, tido, mobile legend, pubg ..tu aje kerjanya. Kakak mmg kalau balik kampung mulut bising sikit. Kalau tak berkenan memang terus tegur je. Semua kena marah dari anak2 sendiri sampai ke anak buah. Marah sebab sayang kan. Maka selepas Subuh bergeraklah kami ke sana. Lebih kurang 45 minit -1 jam jugak dari rumah. 
Cuak juga sebab tau badan tak fit sangat. Lepas minor operation haritu memang langsung tak buat workout. So memang takde angin langsung ni..tawakkal ajelah..Tak boleh nak agak jugak bukit tu macam mana...sebab langsung tak google apapun . Semangat je yg ada nak2 lagi bila tengok ahli rombongan excited je.
Harap2 bodyguard ni dapat teman Ibu ehh...tapi nan hado. Dia ngan sepupu2 berlari naik atas..boleh berlumba pulak. Semua tertipulah tu sebab kakak cakap kat atas sana ada orang jual breakfast.
Happy je Atuk
Entrance
Sebelum naik singgah toilet dan beli air mineral dulu. 
30 langkah pertama memang rasa nak give up sangat. Semput gila...tapi bila fikir Abah yg umur 70thn pun boleh, so kakak gagahkan kaki jugak walaupun slow2. Pancit weh..
Steady bossku..

Abang Ngah n Kak Ngah..Kak Ngah ni dah biasa hiking. Gunung Datuk pun dia dah naik. Org N9 je tak sampai2 lagi. 


Muka belum mandi semuanya. Bermandi peluh aje.
Finally...Checkpoint..Kami naik atas lagi cuma Abah je dah tak nak. 
Puncak Panorama berjaya ditawan
Sister's
Kepuasan yang tak dapat diungkap dengan kata2 untuk beginner macam kakak. Tak mencabar sangat ..tapi oklah kan..Terbakar lemak yang lama dah diternak.
Next..Kemana pulak kita???
Turun je terus cari kedai makan...kelaparan semuanya.
1 st time sebenarnya menjejakkan kaki ke Sungai Lembing ni walaupun lama membesar kat Kuantan ni. Tu pun kalau tak naik Bukit Panorama ni mungkin tak sampai kot. Layan Abah pulak nak masuk lombong bijih. Tak ingat kena bayar berapa hinggit. Tapi kakak tak recomended sangat sebab....biarlah rahsia.. 

Camnielah lebih kurang keadaan dalam lombong...Sejuk n nyaman aje..





Yang paling ditunggu2..mandi sungai la...Dah tengahari baru nak mandi. Panas berdenting. Tempat cantik ..Rami jugak yang berkelah , pasang khemah, membakar ikan...Memandangkan 1st time kesini maka aktiviti utamanya mandi manda sahaja. Next time boleh plan dah nak buat apa kan. Memancing pun boleh.
Mengawasi cucu2 mandi manda..Riuhnya mengalahkan orang lain..anak kakaklah siapa lagi ...1st time katanya.


On d way balik...Kepenatan masing2..Nak singgah makan pun dah tak sempat. Terpaksalah balik masak nampaknya sambil memikirkan exboyfriend yang tertinggal kat rumah makan apa gamaknya...Pandai2lah bawak diri kan..



































































No comments:

Post a Comment