nuff

Friday, 17 May 2019

JAMUAN MEMBAWANG GRUP

Lama gila kan akak tak update blog. Banyak benda akak nak share tapi mood selalunya ke laut. Mehlah akak share majlis makan2 geng membawang haritu. Lebih kurang jamuan akhir tahun jugak. Makan sambil borak2, tukar2 hadiah, gelak2 tak ingat sampai orang meja berdekatan pindah ke meja lain. Maklumlah bila seronok benar lupa pulak keadaan sekeliling. Tapi itulah kami. Hanya menjadi diri sendiri..Benda boleh happy2 buat apa nak sedih2 kan..Bukan senang tau nak berkumpul macam ni ramai2. Ni pun sang teruna dapat join kejap je sebab nak solat Jumaat.
Yang mana satu pilihan kalbu..Tunggu..
In action
Lokasi pilihan kami kali ini ialah Restoran Ayam Penyet , Palm Mall Seremban. Lainkali kita pergi jauh2 sikit. Alang2 dah berkumpul, maka raikan sekali geng2 membawang yang lahir pada bulan Januari.
Zue 12 Januari
Rin 31 Januari
Khaty 2 Januari
Aziatul 13 Januari



Kami lahir bulan Mei..Sapa nak belanja kek?? 





Teknik nampak kurus dari Ann...Sedut pipi mungilkan bibir...Pm tepi nak tips kecantikan..

 Jangan tengok dagu berlapis kakak..

Walaupun kelaparan, tapi masih mampu tersenyum




Nasi Ayam Bakar Madu tapi tak boleh lawan yang dekat Mydin Seremban 2...Aduh terbayang2 pulak puasa2 nie.
Makan pun nak tido ke
Khusyuk

Acara yang ditunggu2....sessi tukar2 hadiah
Azie to Mawi

Mawi to Nurul
Tokey tudung kasi tudung Miasara
Nurul to Ct
Tudung n brooch
Ct to Ann
Katanya rajin2 masak n bawak bekal g opis 
Ann to Azie
Frame sempena pindah rumah baru
Kakak kawasan to Zue. Gambar hilang dalam fon..Kakak kasi dia wallet..
Zue to kakak kawasan . Baju cotton koleksi Anggun saiz S sempena akak dah kurus..Ahaks...
Aziatul to Khaty
Sesuai sangat sebab dia suka memasak kan...mee kari tauu..
Khaty to Eida
Model kecik nampak selesa sungguh 
Eida to Rin
Vase. Raya nanti beli fresh flower..mesti meletup
Rin to Aziatul
Cotton by Anggun jugak. Saiz rahsia..
Budak depan tu paling excited. Hari2 duk tanya orang beli hadiah apa. Tq Khaty sebab bersungguh2 nak buat majlis nie. 

 Alhamdulillah dah kenyang dan happy semuanya. Tak sempat nak bergambar beramai2 ..Masing2 ada hal pulak. Apa pun semoga ada rezeki kita gather2 macam ni lagi di lain kali. Dan semoga ikatan persahabatan kita semua terhindar dari hasad dengki dan fitnah serta berkekalan selamanya..*HIDUP MEMBAWANG GRUP*







No comments:

Post a Comment